Lima bulan bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin membuka mata penyanyi rap, Zizi Kirana mengenai bakat terpendam suaminya mempunyai vokal agak baik.
“Di rumah kami memang mempunyai set karaoke untuk saya mengasah suara atau melepaskan gian selepas lama tidak mengadakan persembahan secara langsung. “Tapi hakikatnya macam suami yang selalu berkaraoke pelbagai jenis dendangan terutama lagu popular daripada band dalam dan luar negara. “Saya selalunya pandang dari jauh saja sebab rasa seronok tengok dia bersungguh-sungguh menyanyi. Dia ada suara. Mungkin siapa tahu satu hari nanti kami dapat berduet.
“Cuma saya belum lagi buka mulut pasal idea ini. Kalau nak ke arah itu pun mungkin ambil masa sebab genre muzik kami berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru berjudul Pijak. Bercakap tentang lau terbaharunya itu, pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 37, itu turut mengakui gementar menanti penerimaan ramai memandangkan ini adalah penampilan pertamanya dengan lagu baharu sejak berhijab. Hanya sehari saja untuk disiapkan, Zizi mendedahkan sepatutnya Yusuf turut muncul dalam video muzik tersebut tetapi pada saat akhir jadualnya bertindih dengan perkara lain. “Memang patut suami saya tampil dalam MV Pijak ini tetapi bukan rezeki kami untuk muncul berdua. Apa pun selepas kerja penggambaran MV bermula, dia sempat menemani saya. “Rasa lebih bersemangat apabila suami teman. Dia pun jenis yang bagi kebebasan untuk saya berkarya tetapi sebagai isteri tentu saja saya perlu pandai menjaga batas.
|
Harley_Quinn replied at 7-3-2022 10:32 AM
Igt Zizi bini Bung.
Te anjat klo tbe2 Zizi duet dgn Bung.
ADVERTISEMENT