CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tunai Umrah, Nita Hamzah Bersyukur Dibantu Datin Alyah

5-3-2022 02:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3408| Komen: 14|Original author: Tatod


Menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Umrah, penyanyi Nita Hamzah meluahkan rasa syukur kerana impian itu direalisasikan sahabat baiknya, Datin Alyah.

Memetik laporan Media Hiburan, Nita menyifatkan Alyah sebagai sahabat yang baik dan sentiasa memberikan sokongan dan ingin melihat dia berjaya.

Kata Nita, Alyah adalah individu bertanggungjawab yang membantu agar dia berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci itu.



"Umrah yang tak dirancang. Kalau ikut kemampuan, saya belum mampu untuk ke sana. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dipanggil ke rumah Allah SWT.

"Disebabkan saya dikurniakan seorang sahabat yang Allah SWT hantar kepada saya; apa yang saya impikan tercapai jua.

"Sepanjang di Mekah, di depan kaabah; nama awak langsung tak tinggal atau dilupakan. Noor Hasliah Abu Hassan, hanya Allah sahaja dapat membalas apa jua yang awak dah lakukan untuk saya," katanya.




Bagi Nita, jasa baik Alyah itu tidak mungkin dapat dibalas kembali. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 5-3-2022 02:32 PM
Alhamdulillah rezeki Nita.. Smp sangka nita yg dulu kemain seksi skrg bertudung litup. Semuga istiqomah.
Quote Beribear 5-3-2022 04:08 PM
Alhamdulillah.. Panas skrg kat madinah dgn mekah. Sediakan ubat batuk & ubat selsema. Ramai org skrg ni. Semoga mendapat umrah yg mabrur.
Quote beta_carotene 5-3-2022 07:37 PM
belanja sorang manusia buat umrah pun betapa besar pahalanya di sisi Allah ye
subhanallah

jrg meols nk komen ala2 usstazah ni tp meols teringin nk buat amal jariah cmtu kalo ada duit..
masalahnya sengkek
Quote Mulotkoyak 5-3-2022 08:29 PM
Nita ni lpas Malaysian Idol terus sendu... Suara sedap kalo xsilap..
Quote downiey 6-3-2022 10:18 AM
alhamdulillah
Quote eely_shana 6-3-2022 11:26 AM
Alhamdulillah. Semoga istiqamah
Quote supernaturalee 6-3-2022 06:14 PM
Mulotkoyak replied at 5-3-2022 08:29 PM
Nita ni lpas Malaysian Idol terus sendu... Suara sedap kalo xsilap..

Beshe2 je
Benda lain lbh up

Anyway sape sangka
Sheols jd spt hr ni
Syukur2

Quote Kancilkering 6-3-2022 08:29 PM
ni bukan janda penyanyi af tu ke? dia ni tinggi tinggi org nye……
Quote pittjie 6-3-2022 08:34 PM
Beribear replied at 5-3-2022 04:08 PM
Alhamdulillah.. Panas skrg kat madinah dgn mekah. Sediakan ubat batuk & ubat selsema. Ramai org skrg ...

Dah start panas ke madinah. Baru awal march. Aku pg mid Feb Hari tu mmg sejuk. Ada few mornings temp 10 deg je. Tgh Hari pun Tak lbh 18 deg. Mekah mmg Tak sesejuk madinah. Tp ada satu hari tu hujan agak lama. Mmg sejuk Dan berangin. Esoknya pun 14-15 deg je.
Quote Beribear 6-3-2022 10:16 PM
Ye chuolsss. Iolss sempat rasa sehari dua je kesejukan kat madinah. Iolss sampai 27 feb tu.. Madinah paling panas, angin pon panas. Skrg iolss kat mekah rasa ok sikit sbb angin dia tak panas. Tp start batuk2
Quote nadddy 7-3-2022 12:20 AM
rosannazmia replied at 5-3-2022 02:32 PM
Alhamdulillah rezeki Nita.. Smp sangka nita yg dulu kemain seksi skrg bertudung litup. Semuga istiqo ...

Yup betul.. happy sangat dengan dia skrg
Quote babelina 7-3-2022 09:34 AM
nita n husband sgt2 loving.. aku klau nmpk laki dia selalu tegur suh sampai kn salam kt nita..
aku doa kn dorg dpt ank dan rumah tangga dorg sentiasa disinari kebahagiaan..amin yra..
Quote myakayina 7-3-2022 09:37 AM
Alhamdulillah...
Quote pittjie 7-3-2022 12:00 PM
Beribear replied at 6-3-2022 10:16 PM
Ye chuolsss. Iolss sempat rasa sehari dua je kesejukan kat madinah. Iolss sampai 27 feb tu.. Madinah ...

mcm agak mendadak ya perubahan suhu kat madinah. aku mmg suka gi umrah musim sejuk. nak feeling2 la musim sejuk kan. walhal kulit tak tahan. habis mengelupas kulit kaki ku. mekah tu walau berangin tapi matahari tu rasa terpacak depan muka. habis sunburn muka aku ni still tak hilang. apa2 pun... tu la dua tempat the best ever on earth.  

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.155922 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top