CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Akikah Ameena, Atta-Aurel Korban 11 Ekor Kambing

5-3-2022 01:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3600| Komen: 20|Original author: Tatod

Sumber IG Atta


Senalam, pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah melangsungkan majlis akikah buat cahaya mata sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta yang dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Ketika majlis berlangsung, pencipta kandungan YouTube serta anak kepada pasangan Kris Dayanti dan Anang Hermansyah itu menyembelih 11 kambing dengan jumlah berat daging 222 kilogram.

Daging berkenaan diberikan kepada tetamu yang menghadiri acara berkenaan serta penduduk sekitar.




Tindakan pasangan berkenaan dilihat sebagai berlebihan, bagaimanapun pendakwa popular Indonesia, Sheikh Muhammad Jaber mengulas perkara itu tidak menyalahi agama Islam asalkan tidak membabitkan pembaziran.

"Dalam Islam, untuk anak perempuan cukup seekor kambing sahaja dan dua ekor untuk anak lelaki.

"Bagaimanapun, kalau berkemampuan tidak ada masalah jika mahu lebih daripada jumlah yang dinyatakan sebagai tanda syukur kepada Allah dan berbagi kerana bahagia kita membahagiakan orang lain," katanya.

Pendakwah berkenaa turut memuji Atta dan Aurel yang memilih hari Jumaat bagi menjalankan akikah buat anak mereka.



Kalau dah mampu, tiada salahnya kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 5-3-2022 02:35 PM
Ni baru sedekah jariah..xpyh jd ustet hajah Pon reti k heheheh
Quote Purpkehag 6-3-2022 10:17 AM
Alhamdulillah
Quote hareeeesah 6-3-2022 07:17 PM
Kenapa la rambut tu mcm takde fashun lain ke [em:10:]
Quote tipah89 7-3-2022 10:57 AM
over nye lah
Quote awenda507 7-3-2022 12:45 PM
segalanya terpaling couple ni
Quote holothurian 8-3-2022 06:51 AM
alhamdulillah...seronok tetamu & penduduk sekitar..
Quote fido_dido 8-3-2022 12:55 PM
walaupun nampak over dan terpaling tp atleast boleh bg makan ramai org..dah mampu kan?
tapinya aku courious betul mak bapak si atta nih xbalik langsung ke sana dr anak kawin smpai dh beranak..ada kasus apakah miskah?
Quote safieyah1984 8-3-2022 01:59 PM
fido_dido replied at 8-3-2022 12:55 PM
walaupun nampak over dan terpaling tp atleast boleh bg makan ramai org..dah mampu kan?
tapinya aku c ...

mak dia sekarang ni kat mana. nampak bukan kat malaysia. and aurel i harap dapat kurus mcm dulu balik. sbb baru anak sorang kan dh badan mcm tu,
Quote fido_dido 8-3-2022 02:23 PM
safieyah1984 replied at 8-3-2022 01:59 PM
mak dia sekarang ni kat mana. nampak bukan kat malaysia. and aurel i harap dapat kurus mcm dulu ba ...

oh xduk malaysia dh ke? ingtkan masih kt sini sbb ada yg tanya bila nak balik tengok cucu. tp iols tetap curious hahaha

haah u, badan dia jenis cpt naik kot..besar betul nampak dia..tp mungkin sbb baru je beranak+czer pulak tu kan? semoga dia dpt kuruskan balik badan lepasni.
Quote rifaa 8-3-2022 05:24 PM
fido_dido replied at 8-3-2022 12:55 PM
walaupun nampak over dan terpaling tp atleast boleh bg makan ramai org..dah mampu kan?
tapinya aku c ...

aku pon rasa pelik makpak dia nape x balik indon lama?
tercari2 gak info pasal ni
Quote cikperiukkera 9-3-2022 07:22 AM
rifaa replied at 8-3-2022 05:24 PM
aku pon rasa pelik makpak dia nape x balik indon lama?
tercari2 gak info pasal ni

Kena buang daerah/negara kot? Hahahaaaa...thn lps bleh plh jumpa dkt turkey tp nk blk ke negara leluhur x blh pulakkkk.
Quote juruterra 9-3-2022 08:46 AM
cantik anak KD ni ... dia kena gigih mcm maknya jaga body. tp mak dia mcm fake sikit muka now, byk inject kah. apak tiri tak penah dtg majlis dorang ni eh
Quote yujin 10-3-2022 03:01 AM
cikperiukkera replied at 9-3-2022 07:22 AM
Kena buang daerah/negara kot? Hahahaaaa...thn lps bleh plh jumpa dkt turkey tp nk blk ke negara le ...

Maknya kesana sini gigih buat video tiktok????
Quote Whatsofunnyth 11-3-2022 10:30 AM
cikperiukkera replied at 9-3-2022 07:22 AM
Kena buang daerah/negara kot? Hahahaaaa...thn lps bleh plh jumpa dkt turkey tp nk blk ke negara le ...

X silap parents atta ni dulu sebelum gi ke malaysia ada kes. Iolss x ingat pulak kes pasal apa. X silap kes pasal his father ni ada anak dari bini no 2.

Kesian tengok aurel ni, dia ni cmn nk punya happy big family je (parents and in law together). Nasib baik la her own family dah xde internal problem lagi & sekarang sheollss dapat full love from her father, mother step mother . Iolss tengok parents atta ni xde pun treat aurel macam betul" menantu, tengok pas diorang ketemu kt turkey tu pun mcm "awkward" maybe bcs xprnh jumpa tu la. nasib baik aurel tu friendly je

Tengok je nnti pun mesti parents atta ni nk paksa atta bawa anak dia ke turkey je bila nk jumpa. Weird parents
Quote Artemesiaa 12-3-2022 12:25 PM
Dah mak paknya mampu apa salahnya
Quote Chad 12-3-2022 09:51 PM
Siapa tahu adik beradik Atta tu tak gi sekolah ke..... Dari tahun lepas masih di Turki lagi.... Tak balik-balik......
Quote hasitall 13-3-2022 09:03 PM
Juga nak tahu buat apa stay kat malaysia lama lama eh? Bapanya rambut hijau tu sesuatu sangat
Quote jihah_kudat 16-3-2022 01:13 AM
harap muka anak dieorg ikot belah2 anang dgn krisdayanti..jgn le ikot belah halilintar very the hmm
Quote ayukpingu 18-3-2022 11:56 AM
cikperiukkera replied at 9-3-2022 07:22 AM
Kena buang daerah/negara kot? Hahahaaaa...thn lps bleh plh jumpa dkt turkey tp nk blk ke negara le ...

aku pun curious nak tahu...sebab masa majlis nikah dan menantu bersalin pun memang tak join family ni.

majlis nikah anak sendiri kot.

kadang2 meluat pulak tengok ibu bapa atta dah tua2 pun masih gigih nak bertiktok

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.196096 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top