CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Azmi Saat Masih Emosi, Menangis Dalam Bilik Air Teringatkan Arwah Anak

4-3-2022 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2208| Komen: 19

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 35, mendedahkan, sehingga kini dia dan isteri, Nazira Muhammad,36, masih terkenangkan arwah anak mereka yang sempat dipinjamkan Tuhan seminggu cuma.


Menurut Azmi, walaupun sudah menerima ketentuan takdir dari Yang Maha Esa, namun adakala sebagai manusia biasa, mereka juga tidak mampu menahan perasaan sedih dan emosi yang datang menyinggah.


Foto: IG

“Saya paling kasihankan isteri.Ada ketika bila emosi sedih itu datang, tiba-tiba saya dengar dia menangis di bilik air. Tak ada apa yang boleh saya katakan lagi melainkan sabar.

“Sampaikan dia tak boleh dah nak dengar perkataan sabar itu. Tapi saya alan tetap tenangkan dia dan peluk dirinya,” katanya.

Azmi berkata demikian semasa di temui pada sidang media Raikan Ramadan Yayasan Maghfirah yang diadakan di sini, hari ini.

Kehadiran Azmi pada majlis tersebut adalah sebagai duta kempen berkenaan bagi tujuan mengumpul dana sumbangan kepada golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.



Selain itu, kata Azmi, isterinya juga adakala akan terkenang arwah anak apabila melihat mana-mana bayi atau anak kecil di depan mata atau di media sosial.

“Dengar suara anak orang pun adakala dia akan sebut, alangkah seronoknya kalau ada anak. Ada terbaca kisah anak orang yang meninggal dunia di Facebook atau di media sosial, dia akan rasa termotivasi sekejap.

“Begitulah keadaan dia. Maklum sajalah, sejak 10 tahun berumah tangga ini, kami jarang ada masalah besar. Kehilangan anak ini adalah yang paling besar ujian kami hadapi,” katanya.

Dalam pada itu, kata Azmi, dia dan isteri bagaimanapun tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan zuriat sendiri dan meletakkan kepercayaan kepada Allah SWT.

Pun begitu, ditanya mengenai hasrat mereka untuk mendapatkan cahaya mata menggunakan kaedah rawatan persenyawaan Invitro (IVF), Azmi berkata, dia mungkin akan mempertimbangkan perkara tersebut.



“Tetapi bukanlah pada masa sekarang. Pada masa akan datang, ya mungkin. Saya pun pernah juga tanya isteri jika nak ambil anak angkat.

“Tapi dia kata belum bersedia. Dia nak cuba juga dapatkan zuriat sendiri. Kalau ambil anak angkat, kemudian dikurniakan zuriat sendiri, bimbang tak dapat bahagi kasih sayang dengan sempurna,”katanya.

Untuk info, Azmi mendirikan rumahtangga dengan Nazira, seorang penjawat awam yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan pada 2011.

Setelah lama menanti, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Khairul Afnan pada 27 September lalu.

Bagaimanapun, selepas seminggu, permata hati mereka itu kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 4-3-2022 05:17 PM
Takziah..semoga dapat menemui ketenangan hati..mizznina pn baru amik anak angkat kan
Quote Buritan 4-3-2022 06:33 PM
Siannyaaa.........
Quote azimodin 4-3-2022 07:28 PM
Orang cakap kehilangan anak ni ambik masa nak heal. Tapi dari view orang yg dah lalui benda ni, mmg xkan heal 100%. Kadang bila datang rindu tu sampai x boleh tidur malam, sesak nafas & muntah2.
Quote Thunderclouds 4-3-2022 08:43 PM
Sedangkan yg keguguran pn sedih yakmat ini pulak dh pegang,peluk,cium bgai mmg take time la. My fren sampai la masih meratap merintih di socmed mngenang ank yg dh takdak. Dh btahun2 ok. Allah amik satu,dia gnti 3 but my fren masih xleh move on ngn yg dh takdak tu. Semoga dpermudahkn urusan azmi & nazirah.
Quote Minami2013 4-3-2022 08:48 PM
Moga Allah ringankan beban hati dia.
Quote missbigrockstar 4-3-2022 08:52 PM
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Bersabarlah
Quote missyL 4-3-2022 11:48 PM
Kesian nye..
Mmg akan teringat smpi bile2 pn.. Anak yg dikandung 9 bln tu..
Sedihnye
Quote syabee 5-3-2022 07:17 AM
sedihnya.... tak tergambar perasaan suami isteri ni.

lama dia menunggu nak dptkan anak. tp Allah uji dgn ambil blk anaknya. Semoga kalian diberi kesabaran & ketabahan
Quote BunyiMeow 5-3-2022 09:48 AM
Kesiannya..x boleh byg ape yg wife dia rs. Pny lah lame tggu,bile dpt di uji lg. Moga psgn ni tabah, especially the wife
Quote BunyiMeow 5-3-2022 09:49 AM
syabee replied at 5-3-2022 07:17 AM
sedihnya.... tak tergambar perasaan suami isteri ni.

lama dia menunggu nak dptkan anak. tp Allah uj ...

Eh,nak same o
Quote kucingitam 5-3-2022 11:47 AM
sedihnya...
Quote Belibis 5-3-2022 01:25 PM
Ada kawan aku..anak ninggal eksiden..dah 7 tahun kejadian..sampai sekarang masih keluar air mata bila bercerita bab anak.dia pencen awal sebab tak boleh tido dan kerja tak fokus..
Quote Faizanmazhar 5-3-2022 02:58 PM
Beautiful
Quote Hamani77 5-3-2022 06:47 PM
moga Allah gantikan dengan sebaik-baik ganjaran buat Azmi dan isteri.
Quote syamzana 5-3-2022 08:33 PM
semoga azmi&isteri tabah. betul la org ckp, mak2 ni kalau anak meninggal dulu dari dia mmg tak keruan jadinya. lagi2 la tggu punya lama sekali kejap beno je dpt rasa nikmat ada anak tu.

kakak i pun anak kedua meninggal lepas 4hari lahir. kejadian dah 3thn smpai skrg meratib. dah la kawen lewat sgt, kan main lg nak anak 3/4 org. skali lepas kejadian terus serik sbb tgk arwah bby dia berselirat dgn wayar dlm incubator.
Quote farhana008 5-3-2022 08:48 PM
Iols nangis bila baca berita anak diorang meninggal dunia. Colleague iols sampai dapat rawatan psikiatri masa awal2 anak nya meninggal dunia
Quote dua_chzy 5-3-2022 09:51 PM
azimodin replied at 4-3-2022 11:28 AM
Orang cakap kehilangan anak ni ambik masa nak heal. Tapi dari view orang yg dah lalui benda ni, mmg  ...

Betul. Macam makcik husband. Dah lebih 20 tahun masih depressed bila ingat anak (baby 6 bulan) yang meninggal dunia kerana tersedak susu semasa dijaga pengasuh. Nampak dari luar pun boleh tau sheol depresi.
Quote Nenolen 6-3-2022 03:14 PM
Kehilangan mmg menyakitkan...kaka dah kehilangan suami, mak, abah dan atuk...sedih dan bila dtg rindu tu mmg rasa sesak nafas...

Kaka mohon sgt Allah swt tak duga lagi kehilangan org yg tersyg...anak2, adik2 kaka dan anak2 sedara kaka...

Sekrg nie kalu anak bujang kaka keluar mlm...selagi dia tak blk rmh selagi tu kaka tak tido...dgr dia blk buka gate terus rasa ngantuk...wpun zaman pandemik sgt menduga ttp kaka syukur sebb anak belajar online tak perlu blk kampus...tapi lambat laun mereka akan keluar juga rmh...selagi bole enjoy masa bersama nie perlulah kita hargai...

Buat Azmi dan Nazirah, kaka doakan yg baik2 shj utk awak berdua, amin.

Quote Suriyani123 7-3-2022 11:34 AM
harap ada lah nanti rezeki utk ada anak buat korang berdua.. doa je bnyak2 aminnnn!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.052121 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top