CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terkial-Kial Nak Naikkan View- Dah 10 Ribu Tontonan, MV Amylea Di YouTube Terpaksa Dipadam Pula!

4-3-2022 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3646| Komen: 23

Description: Kecewa. Itu yang boleh diluahkan Amylea Azizan selepas muzik video lagu baharunya Melepaskanmu terpaksa dipadam selepas 11 hari dimuat naik di YouTube.
Kecewa. Itu yang boleh diluahkan Amylea Azizan selepas muzik video lagu baharunya Melepaskanmu terpaksa dipadam selepas 11 hari dimuat naik di YouTube.

Menurut Amylea, 36, ia berpunca dari masalah teknikal di mana format yang dimuat naik tidak sama seperti kehendak platform tersebut.


Foto: IG

“Ia satu kesilapan yang besar dari sudut suntingan dan tidak boleh dibiarkan terus dimainkan di Youtube.

“Setelah berbincang dengan pihak pengurusan, kami bersetuju untuk memadamkan semula video muzik tersebut.

“Saya rasa macam penat lelah saya tidak dihargai apabila berlaku masalah kecil sebegini.

“Memang rasa sangat kecewa kerana sudah lama saya tunggu untuk keluarkan lagu ini dan dah dapat tarikh cantik untuk lancarkan,” ujarnya kepada mStar.



Video muzik lagu ciptaan sepenuhnya oleh Amylea ini mula disiarkan di saluran Youtube 17 Eleven Music pada 22 Februari lalu dan sudah mencecah 10,000 tontonan.

Bagi Amylea juga dugaan sebegini pastinya memberi banyak impak kepada perjalanan kerjaya yang dibina.



“Dugaan bersilih ganti buat saya.

“Penyanyi macam saya ni, bukan senang nak dapat tontonan di Youtube. Terkial-kial untuk naikkan jumlah tontonan.

“Selain itu saya takut juga jika dimuat naik semula dan tidak mendapat banyak tontonan orang akan cakap lagu ini tak sedap,” katanya.



Amylea sudah berbincang dengan pihak pengurusan untuk membetulkan semula kesilapan tersebut.

“Mungkin orang anggap ini masalah kecil tetapi tidak bagi saya, kerana selama dalam industri saya bekerja keras untuk setiap hasil kerja.

“Adakah saya overthinking? Saya pun tak tahu.

“Buat masa sekarang saya cuba tenangkan diri dan sibuk di lokasi penggambaran drama,” jelasnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 4-3-2022 11:50 PM
Kesian sis.
Quote makadek 4-3-2022 11:54 PM
Tp aku dh bole agak melodi2 lagu dia camne
Quote dua_chzy 5-3-2022 12:10 AM
Kena blaja dari Janna camna nak market lagu reach generasi tiktok kerana mereka the biggest socmed users sekarang ini.
Quote sleepandream 5-3-2022 12:48 AM
format apa iols tak faham... adakah format mpeg-4, wmv, avi mcmtuh???
Quote becir 5-3-2022 01:23 AM
Apooo masih ngan air Oren orang Malaysia ni..

Quote Kancilkering 5-3-2022 06:31 AM
dia best le lagu dia nye …dia yuna aina najwa fb tu semua song writer….singer..:berbakat….takat jana tiktok….well yewww sangat…..
Quote zarulnazmi 5-3-2022 08:02 AM
Format apa yang tak kena yang sampai kena padam video lepas 11 hari? Kalau boleh upload boleh proses dan boleh play jadi masalah apa?
Quote teen_angelJB 5-3-2022 09:14 AM
Dah x pkai tudung ea???
Maka Benaralh hidayah itu milik
Quote laksmanabentan 5-3-2022 09:51 AM
zarulnazmi replied at 5-3-2022 08:02 AM
Format apa yang tak kena yang sampai kena padam video lepas 11 hari? Kalau boleh upload boleh proses ...

kannn apa masalah... orang lain tu guna hp aja buat video pun boleh upload...hahahahhaha... strategi marketing ler tu konon2 da dapatkan simpati...
hahahahhahaa....


kalau yang da upload tu tak sesuai then upload yang perfect punya...
apa masalah ada 2 MV kannnn.....

Quote bedahmenjuyah 5-3-2022 10:08 AM
teen_angelJB replied at 5-3-2022 09:14 AM
Dah x pkai tudung ea???
Maka Benaralh hidayah itu milik

Dia ada berhijab ke?
Quote auntyonion 5-3-2022 11:06 AM
teen_angelJB replied at 5-3-2022 09:14 AM
Dah x pkai tudung ea???
Maka Benaralh hidayah itu milik

Jap..bila masa dia bertudung eh?hidayah milik Allah..semoga dik teen bertemu hidayah dan hidayah hempuk dik teen bg ingat semula #gurauuu
Quote Faizanmazhar 5-3-2022 02:59 PM
Its ok to be cool
Quote shernazz 5-3-2022 03:37 PM
Iols suka.lagu.dia yang dalam.cite.tihani tu
Ada.versi slow n laju..
Dua dua best
Quote beta_carotene 5-3-2022 09:04 PM
makadek replied at 4-3-2022 10:54 PM
Tp aku dh bole agak melodi2 lagu dia camne

Itu la. Balik2 cmtu je melodi. Aje senang buat lagu
Quote CurangLagi 5-3-2022 09:27 PM
Bertabahlah sis. Bebakat dia ni. Tp xdpt pg jauh. Xmau mana silap
Quote doubleharmonic 5-3-2022 09:36 PM
zarulnazmi replied at 5-3-2022 12:02 AM
Format apa yang tak kena yang sampai kena padam video lepas 11 hari? Kalau boleh upload boleh proses ...

kan chuolsss? heshe upload ke youtube tu pakai line digi pakej keluarga mailsia kah sampai ambik masa 11 hari? eh hello kalau format tu tak kena memang takleh upload sampai habis pon bideo tuh? ni macam mana dah upload sampai dapat 10k views tetibah hari ke-11 kata format tak kena? dah tu selama 10 hari tontonan tu viewer tengok bideo hapa kat youtube ko? bideo noreen2 tertonggek terbalik mandi dalam lumpur ke gituh?

Quote emera 5-3-2022 11:14 PM
Kelentong ke? Channel anak aku pakai henpon cap ayam pun herlok je kat yutiub tu.
Quote teen_angelJB 5-3-2022 11:37 PM
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/16/052825m7z5hzch77kt55mk.png
Quote teen_angelJB 5-3-2022 11:38 PM
Spe Hati uolss nak hempuk me...
Okla my bad...dia berhijab Masa Ramadan je..
Betulla hidayah milik Allah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048710 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top