Anggota kumpulan Dolla, Tabby, 22, bangga apabila dapat menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Perniagaan dari Universiti Taylor selepas tiga tahun belajar.
Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam berkata, dia kini lega pengajiannya selesai dan boleh memberi fokus sepenuhnya kepada karier seni. "Memang mencabar kerana saya perlu pandai bahagikan masa dengan kerjaya selain penuhi kehadiran kuliah. Saya sangat bertuah rakan anggota Dolla, syarikat rakaman dan pihak universiti banyak memberi sokongan. "Pengajian saya di universiti itu pun mendapat tajaan biasiswa bakat khas. Malah, pihak universiti sendiri memberi kata perangsang dan meminta saya lebarkan sayap dalam bidang hiburan.
"Kini saya bangga nak cakap saya sudah memiliki ijazah. Sekarang, saya lebih bebas dan masa untuk terus aktif serta kukuhkan kerjaya sebagai artis," katanya. Bagaimanapun, Tabby enggan mensia-siakan ijazah itu dan menyimpan hasrat membuka perniagaan sendiri pada masa hadapan. "Memang dari dulu saya teringin nak buka perniagaan sendiri. Itulah perancangan peribadi saya sebenarnya apabila memilih untuk mendapatkan ijazah itu.
|
ADVERTISEMENT