Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila berpeluang sekali lagi khatam Al-Quran buat kali pertama pada tahun ini.
Aktres jelita berusia 39 tahun itu telah berkongsi kegembiraan itu bersama peminat menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram miliknya. Tambahnya lagi dalam perkongsian tersebut, dia mahu mengabadikan kejayaannya itu sebagai satu kenangan buat dirinya. Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat juga dilihat telah menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan ibu kepada dua orang cahaya mata itu. Sumber: Media Hiburan
|
ADVERTISEMENT