CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tuduh Vanessa Angel Hamil Sebelum Kahwin, Bapa Mentua Bengang Doddy Sanggup Buka Pekung Anak Sendiri

4-3-2022 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2426| Komen: 9

Bapa kepada Allahyarham Bibi Andriansyah iaitu Haji Faisal meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat yang mendakwa Vanessa Angel telah hamil sebelum berkahwin dengan anaknya.


Menurut laporan Liputan6, Faisal berkata dia terkilan apabila menantunya itu dituduh dengan kenyataan tidak benar oleh ayahnya sendiri.


Haji Faisal bersama menantu kesayangannya, Allahyarham Vanessa Angel. Foto: via mStar Online

"Tak ada itu (Vanessa sudah hamil sebelum kahwin)," katanya ketika ditemui media di Pejabat Agama Jakarta Barat, Indonesia pada Rabu.

Dalam pada itu, Faisal mengakui hairan apabila besannya seolah-olah lebih mengetahui mengenai kehamilan berkenaan sedangkan Doddy dan Vanessa terputus hubungan ketika itu.


"Saya nak tanya, sebelum bernikah itu sudah berapa lama dia tak berjumpa dengan anaknya... dari mana dia tahu (Vanessa hamil)," soal Faisal.


Haji Faisal (kiri) terkilan dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat. Foto: via mStar

Pada Rabu lalu, Doddy mendedahkan anaknya itu hamil sebelum berkahwin dengan Bibi.

Justeru itu, dia terpaksa merestui perkahwinan pasangan itu walaupun pada awalnya dia melarang.

"Vanessa ketika itu sedang mengandung dahulu. Kalau misalnya Vanessa belum hamil, ya daddy tak akan bersetuju," kata Doddy menerusi YouTube Uya Kuya TV. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 4-3-2022 01:37 PM
Di Indonesia mmg kene kecam family Vanessa ni. Mmg gile harta arwah. Kesian nye arwah.
Dah meninggal xpyh dok ungkit
Quote piep 4-3-2022 02:11 PM
missyL replied at 4-3-2022 01:37 PM
Di Indonesia mmg kene kecam family Vanessa ni. Mmg gile harta arwah. Kesian nye arwah.
Dah meninggal ...

tpi mmg kurg ajar di dod ni.. ada ke patut ckp cmtu.. waktu arwah hidup x diperdulikan, dok minx duit memnjang, bila ada kes x support, bila meinggal pulak berebut harta padahal anak laki dia ada lgi kut...
Quote missyL 4-3-2022 02:15 PM
piep replied at 4-3-2022 02:11 PM
tpi mmg kurg ajar di dod ni.. ada ke patut ckp cmtu.. waktu arwah hidup x diperdulikan, dok minx d ...

Yer. Family si Vanessa ni dok buat content je pasal kematian die nie
Siap nk Berebut anak die tu sbb nti kan harta dpt kt bdk tu bile da ckup umo

Mmg typical org jahat dlm sinetron Indonesia btol

Si Vanessa mase hidup pn xsuke ckp psal bapak n family die ni
Skang kemain mereka ni melukut kt arwah demi harta arwah

Gitu iols sejak dok follow quora Indonesia byk info i thu hahahaha
Quote makita 4-3-2022 06:56 PM
Jadi betul la apa V ni citer ttg ayah dia. Ada dlm interbiu ditanya nape Bibi nak kawen dgn V sedangkan V ni ada kes...Bibi kata sbb kesian dgn hidup V dan nak lindungi V.
Quote exclusive_vvip 5-3-2022 11:23 AM
beza btol bila tgk Haji Faisal ni bercakap banding besan dia tu..mmg nampak gila harta family V tu
Quote AmandaRollins 5-3-2022 06:52 PM
makita replied at 4-3-2022 06:56 PM
Jadi betul la apa V ni citer ttg ayah dia. Ada dlm interbiu ditanya nape Bibi nak kawen dgn V sedang ...

Mmg arwah bibi syg sgt2 kt arwah V...mana nk cari lelaki mcm tu zmn skrg ni...cinta sejati weyy dorang ni..sedih sgt2 baca kisah V..mcm2 dia lalui...semoga mereka ditempatkan di syurga Allah..and to gala..semoga gala jd anak yg berjaya dunia akhirat,doakan arwah ibu dan ayah gala..
Quote makita 5-3-2022 10:28 PM
AmandaRollins replied at 5-3-2022 06:52 PM
Mmg arwah bibi syg sgt2 kt arwah V...mana nk cari lelaki mcm tu zmn skrg ni...cinta sejati weyy do ...

Meols tgok dlm interbiu, Bibi tu pengacara duk tanya sebab apa amek V buat bini. Siap teka main sedap kah. Mmg gila lah. Tapi Bibi tu gelak2 je n ckp tah tak tahu tapi hati dia mmg nak kat V. Sekali memang betul2 mati sama2. Bibi ni mmg dari keluarga yg elok2. Bersifat abg gitu. Memang payah nak jumpa la lelaki mcm ni. Yang lagi ambil kesempatan dari kenaifan perempuan adalah.
Quote awenda507 7-3-2022 12:54 PM
anak dah arwah pun dia nak sebar aib mcm2 lg. otak kat lutut gaknya bapak si v ni
Quote nelly_me 7-3-2022 01:45 PM
I follow rapat kes ni. Jahat ye bapak V tu. Netizen kluarkan video iv lama2, V penah ckp bapak dia baik. Tp akn flip sekelip mata klu ade yg hasut. Dlm kes ni ramai ckp mak tiri dia jahat.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.048103 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top