CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Kongsi Cara Belanja Yang Sekadar "Cukup Makan' Setiap Bulan!

4-3-2022 02:06 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 5062| Komen: 39|Original author: Agent13k

Dalam zaman sekarang ini, tidak kisah dalam era pandemik ataupun tidak, ramai sebenarnya menghadapi kesusahan dan terpaksa berkerja lebih keras demi untuk keluarga dan keperluan sendiri.


kredit foto: PYMNTS


Tular hantaran seorang wanita di Facebook yang berkongsi perbelanjaan bulanannya yang baginya hanya "cukup makan" sahaja walaupun gaji dikatakan agak tinggi.


" data-width="500">Loading FB Post...


Difahamkan, suri rumah itu mendedahkan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si suami yang gajinya sekitar RM6,000 sebulan. 

Dia juga membuat senarai untuk perkara yang perlu dibayar setiap bulan dan selepas ditolak dengan pelbagai komitmen, baki itu hanya tinggal RM200 sahaja.


kredit foto: Facebook.

Tambahan pula, kehidupan dalam zaman sekarang, ianya agak susah untuk hidup kerana dengan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih lagi kekal rendah.


kredit foto: Facebook

Seperkara lagi, ramai netizen setuju tentang kehidupan yang semakin sukar dan ianya lebih sukar untuk pasangan yang baru memulakan keluarga sendiri. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakigojes 4-3-2022 02:28 PM
Murahnya bil api rm80 but bil air rm60
Quote bambimbom 4-3-2022 02:47 PM
baru nak cakap murah bil api dia dgn anak tiga org, umah pakai coway, unifi astro bagai tu
Quote white_musk 4-3-2022 04:33 PM
yang boleh potong ialah coway dan astro
Quote shernazz 4-3-2022 06:08 PM
Ni rumah takdak ekon kot..
Tu bil api muroh
Quote krustykrab 4-3-2022 07:28 PM
white_musk replied at 4-3-2022 04:33 PM
yang boleh potong ialah coway dan astro

Iol sependapat dgn chuol...
6 org tu isi rumah dia..
Iol sendiri pun tak prnh ada astrok & coway. Skrg ni org tgk mytv, utube je..tak perlu lah nk membazir duit byr astrok..cuba rajinkn diri masak air mcm org dulu2, awok tu surirumah je, jgn jd pemalas
Quote 234126 4-3-2022 07:45 PM
Sebab tu iol takut nak beranak ramai sebab takut tak mampu nak selesakan semua. iol nak kualiti. Walaupun kena kecam mati sok anak tak ramai nak mendoakan. Kohkohkoh
Quote musangbodoh 4-3-2022 08:15 PM
menteri2 mesia senyum sinis
Quote gekkou 4-3-2022 08:20 PM
unifi amik rm89 sudeh
kalau sembang nak jimat lagi lah
astro pun kasi potong sajok
amik netflix baru rm49
eh lupa x de gegar vaganza kat netflix
Quote MoneyMatters 4-3-2022 09:20 PM
Bygkan ni yg gaji rm 6k. Kalau gaji 2k camne ya. Siannyaaa.. Meols kalau dekat2 gaji duit tinggal 7-800 pon dh mula nervous. Haih ntahlah.. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua
Quote jas7512 4-3-2022 11:11 PM
Huhu. Bil elektrik i rm800 sebln...korg guna mcm mana ya...krg 10x dr bil.i...tapi mmg umah i aircond 3 tempat...peti ais...itu je. Xde coway cuckoo seme
Quote faraway1 4-3-2022 11:17 PM
so kalau bebudak tu bawa bekal, boleh save duit lagi gitu
Quote Megikari 4-3-2022 11:53 PM
Dengan gaji 6k, bajet bulanan family ni dikira mewah sebenarnya. Banyak boleh dijimatkan kalau buang astro tu, since unifi pun pakej 150. Maknya kena berkorban sikit la masakkan bekal untuk anak ke sekolah, so dah jimat banyak kat part duit belanja sekolah tu. Masalah utama family ni ialah takde bajet utk savings. So kalau ada kecemasan, nak cekau duit mana? Takkan nak korek sspn anak
Quote Thunderclouds 5-3-2022 12:14 AM
Baca post ni kt fb,gaji tok laki dia bukan 6k. Lebih. Cuma belanja bulan2 spt yg dnyatakn dlm jadual. Cita TT xlengkap.
Quote che-cikL 5-3-2022 12:37 AM
Edited by che-cikL at 5-3-2022 12:38 AM

Dia duduk unit commercial ke, air mahal gitu?
Setuju yg atas2 tulis Coway & Astro tak perlu.
Boleh beli penapis air alkaline yg lebih murah one off, tak perlu komitmen bulanan. Cuma ada tukar filter tu ikut period tertentu.
Bajet barang basah RM30 sehari tu sebenarnya tinggi. Sama ada beli brg2 yg high end atau beli makanan yg melebihi keperluan, atau byk beli barang2 macam nuggets etc.
Quote nuryakmal 5-3-2022 10:04 AM
Astro tu mungkin sebab anak nak tgk katun or didik ke apa ntah.
Mkn tu je lah kot. Sbb dia suri rumah. So boleh buat bekal utk anak. Tapi tetap mmg kena bagi anak duit. Mana tau. Apa2 hal   Betul la tu.

She needs to do keja sampingan. Sbb isi rumab ramai. Rm6k kalau duduk sorang cukuo
Quote Prickford 5-3-2022 10:41 AM
nuryakmal replied at 5-3-2022 10:04 AM
Astro tu mungkin sebab anak nak tgk katun or didik ke apa ntah.
Mkn tu je lah kot. Sbb dia suri rum ...

Mencabar kan hidup zaman sekarang. 6K pon kadang2 sesak. Teringat zaman 90's dulu, bapak iolls gaji 2k pon cukup beli rumah, kereta, dapat banje anak2 KFC, even mak iolls suri rumah. Masa tu harga semua murah. Berbeza dgn skang mengikut peredaran zaman. Zaman dulu walaupon tak canggih, tapi hidup tak mencabar mcm sekarang.

Quote NurAlia14 5-3-2022 03:44 PM
Bg aku plak duit van 100 tu zaman skng mcm xlogik kalo anak die 3 skolah..duit minyak kete 200 je sebulan xkn xp mana2..xckup tu..tp ade lebih kn 500 kalo x hutang tu..stuju jgk coway dgn astro xpayah..astro amik rm56 pn ok je..aku pn tiap2 bulan buat kira2 mcm ni jgk..
Quote doubleharmonic 5-3-2022 06:17 PM
duit bagi mak ayah tu memang heshe wajib bagi 400 hengget kah tiap2 bulan? lepas tu masuk pulak duit kutu bagai tapi hujung2 sampai kena berhutang tidak sengaja apoooo?
Quote MissVixen 6-3-2022 12:38 PM
Coway apa sampai 130? Kalau beli penapis air dan penapis udara panasonic pun tak sampai macam tu. Bayar seribu lebih dah dapat 2 benda dengan model yang elok.
Siap ambik pakej astro mahal lagi.
Kalau ikutkan kehendak, memang gaji rm20k pun tak cukup.
Kenapa bahan kering nye mahal betul? Selalu beli jajan dekat jaya grocers ke?
Barang basah rm30... Berapa jenis lauk dia masak? Hari2 makan seafoods ke? Padehal surirumah.
Dah la main kutu untuk insurans kereta. Banyak kes orang lari tak bayar kutu, sanggup perempuan ni ambil risiko. Padehal boleh je simpan duit tu sendiri.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.113118 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top