Negara Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Walaupun bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia mempunyai kebolehan untuk bercakap lebih dari satu bahasa. Itulah keunikan negara ini. Sama seperti selebriti Mawar Rashid. Mawar merupakan salah seorang selebriti yang mampu bercakap lebih dari satu bahasa. Memandangkan Mawar mempunyai kacukan Thailand-Malaysia, maka Mawar sememangnya fasih dan mampu untuk bercakap bahasa Thai dengan keluarganya. Baru-baru ini Mawar Rashid telah memuatnaik satu video di laman Tiktoknya. Dalam video tersebut kelihatan Mawar sedang bercakap dalam bahasa Thai bersama suaminya iaitu Raf Yaakob. Ramai penonton yang teruja ingin tahu apa yang dikatakan oleh Mawar Rashid. "Salam yang cantik dan yang handsome semua, sekarang saya dengan suami saya. Wow kacaknya suami saya. Abang cakap lah bahasa thai," kata Mawar. "Saya sayang awak sangat-sangat,"balas Raf. Comel betul pasangan ini. Video itu bukan sahaja membuatkan penonton terkesima namun rakan-rakan artis juga turut terkejut apabila melihat Mawar dan Raf bercakap dalam bahasa Thai. Video yang dikongsikan oleh Mawar kini telah mendapat hampir 2.5 juta tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat teruja melihat Mawar. Seronok betul bila kita dapat bercakap lebih dari satu bahasa, senang nak travel ke negara tersebut! -CARI
|
Perawankota replied at 5-3-2022 02:09 AM
Kalau dh mak Siam, haruslah pandai.. Tapi aku ada satu kenalan tu, bapak dia pure Chinese, tapi dia ...
Normabaru replied at 4-3-2022 01:28 PM
Dia ni bimbo yang cerdik..
Dh tahu mmg xbijak dia pandai Cr laki level dia tp kaya.now xblakon Pon ...
mendeluk replied at 5-3-2022 06:35 AM
Sheols mmg bimbo lagi2 zaman kik dgn emma.. edry kru dulu siap bengang yamat time che ta bagi dia ...
mendeluk replied at 5-3-2022 04:34 AM
Macam kawan iols. Mix cina and malay. Tapi dari kecil tak tahu ckp cina. Budaya semua ikut belah a ...
Sonneblume replied at 5-3-2022 05:03 AM
Rugi sangat kalau anak mix ni tapi pandai cakap 1 bahasa je.
Perawankota replied at 5-3-2022 02:09 AM
Kalau dh mak Siam, haruslah pandai.. Tapi aku ada satu kenalan tu, bapak dia pure Chinese, tapi dia ...
Perawankota replied at 5-3-2022 02:09 AM
Kalau dh mak Siam, haruslah pandai.. Tapi aku ada satu kenalan tu, bapak dia pure Chinese, tapi dia ...
ADVERTISEMENT