CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Satu Dunia Kenal Janna Nick, Lagu Gatal Berhantu

4-3-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5811| Komen: 45

Syukur dan bertuah itu yang diluahkan Janna Nick apabila lagu Gatal nyanyiannya tular di TikTok hingga menarik perhatian infuencer luar negara.

Menurut Janna, lagu ciptaan vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza mempunyai kekuatan tersendiri sehingga melekat di telinga sesiapa yang mendengarnya.


Foto: IG

"Alhamdulillah, saya sendiri memang tak jangka lagu itu menjadi viral di TikTok sehingga orang luar negara pun guna lagu tersebut.

"Bagi saya, itulah kekuatan TikTok dan trendings. Selain itu, kekuatan pada lagu itu juga. Saya banyak terima komen kata lagu itu berhantu.


"Saya anggap ini rezeki yang menyebelahi saya... Alhamdulillah. Jadi, saya berterima kasih kepada Aepul yang cipta lagu itu," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, tular video Asli Guler menggunakan lagu Gatal di akaun TikTok miliknya dan sehingga mendapat hampir 8 juta tontonan.

Rata-rata netizen Malaysia meninggalkan komen di ruang perkongsian itu teruja lagu nyanyian Janna itu mendapat perhatian sehingga ke luar negara.

Dalam perkembangan lain, Janna memberitahu dia sudah pulih daripada Covid-19 dan tamat menjalani kuarantin pada Khamis.



"Semalam merupakan hari terakhir saya jalani kuarantin kendiri di rumah. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik.

"Demam pun dah tak ada... tapi masih sakit tekak saja," ujarnya.




Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Janna mendedahkan dia disahkan positif Covid-19 selepas melakukan beberapa kali ujian calitan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 4-3-2022 11:34 AM
Amboi mendonia gatal ko..
Quote beta_carotene 4-3-2022 11:37 AM
Semoga AJL37
Quote slyfynx 4-3-2022 12:32 PM
Sedihnye terpaksa iklan sendiri dalam IG sbb xde orang nk bukak cite.
Quote ctnorpropa 4-3-2022 12:59 PM
Gais, i sorang je ke yang annoying dengan lagu Gatal ni
Quote Paiya 4-3-2022 01:04 PM
memang mendonia ni dan berhantu lagu ni

Quote epal_putih 4-3-2022 01:04 PM
Ohh lagu dio
Quote kucingitam 4-3-2022 02:08 PM
ahha mmg terngiang2 lagu dia...
Quote Mamidingdong 4-3-2022 02:22 PM
Anak i laju je hafal lagu ni, i dapat tau lagu ni pun dari dia.. budak2 lagi laju dari kita
Quote Aikiko 4-3-2022 03:54 PM
You are not alone
Lagu mcam bangggggg
Apoo???
Rosak industri
Mendonia pun kejap je nihhhh
Quote sofi_sofia 4-3-2022 04:22 PM
Nyanyi studio recording tune sana tune sini memanglah 1 dunia kagum...  Cuba kau nyanyi live? 1 dunia mimpi ngeri..  Nabila razali pun kalah!
Quote saaya 4-3-2022 04:35 PM
Cukuplah sekali sahaja mendengarnya untuk mengetahui kenapa lagu ni begitu menjadi perbualan...
Telinga I seiring dengan peredaran usia sukar untuk terima pembaharuan ni.
Quote tipah89 4-3-2022 04:47 PM
mendonia abis eh lagu ni..memang asal bukak tiktok je mmg mesti keluar fyp lagu dia ni.
Quote swimswim 4-3-2022 05:04 PM
Nnt boleh janna masuk anugerah deklamasi sajak sbb baca lagu ni level mcm baca je. X yah nk nyanyi sgt
Quote wallflower 4-3-2022 05:08 PM
ctnorpropa replied at 4-3-2022 12:59 PM
Gais, i sorang je ke yang annoying dengan lagu Gatal ni

Annoyinh jugak. Sekali dgn viral kipas pusing2 tu pon.
Quote TabletSusu 4-3-2022 05:18 PM
ms mula2 dgr kat tiktok.. aku dgr dia sebut.. tongga tongga tongga.. hahahaha. berair2 mata anak2 aku bila aku ckp gitu
Quote auntyonion 4-3-2022 05:24 PM
Jannagatal
Quote prizadane 4-3-2022 05:31 PM
Kenapa aku rasa ngantuk dengar lagu dia ni? Cam mintak bantal je…
Quote Nenasketum 4-3-2022 06:40 PM
Fuyyyooooo I is so bangga. Eat your heart out cyst & anak cyst yang tak berapa nak helok cuma anak sekuriti gard jerk teringin, tetiba!!
Quote lanse 4-3-2022 07:26 PM
Ooo...lagu dia ka..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.240467 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top