CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Zul (2 By 2) Terkena Sihir- Masa Hari Nikah Tawar Hati, Rasa Nak Memberontak

4-3-2022 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5871| Komen: 59

Siapa sangka di sebalik khabar gembira perkahwinan pasangan penyanyi Zul (2 by 2) dan Intan Maya pada 22 Februari lalu rupa-rupanya tersembunyi pelbagai dugaan dan rintangan.


Paling menakutkan apabila Maya, 39, diuji dengan kesakitan dipercayai akibat perbuatan guna-guna atau ilmu hitam yang didorong perasaan dengki.

Cerita Maya, dia mengalami sesak nafas dan beberapa peristiwa pelik sehingga hatinya berbolak-balik untuk meneruskan hasrat berkahwin dengan Zul atau Zulkefli Majid, 50.

Foto: IG

“Saya rasa sesak nafas, kaki jadi sakit dan kepala terasa amat berat. Sehinggakan ada ketika saya rasa tawar hati untuk bernikah dengan Zul.


“Saya juga ada beritahu kepadanya untuk membatalkan pernikahan.

“Malah pada hari pernikahan kami, saya rasa seperti mahu memberontak,” katanya kepada mStar.



Tambah Maya, dugaan berkenaan berlaku kira-kira tiga minggu sebelum majlis pernikahan mereka.

“Mujur ada teman-teman rapat yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya lawan perasaan itu.

“Syukur selepas bernikah semuanya hilang dan saya sekarang dalam proses untuk memulihkan diri,” katanya.



Menjelaskan lebih lanjut tentang pengalaman berkenaan, Maya yang pernah menganggotai kumpulan The Girls berkata, dia juga sering mengalami mimpi pelik tentang seseorang di tepi kubur.

Malah, dia turut mengalami masalah tidur dan hanya boleh terbaring dalam keadaan tegak seperti jenazah.

“Saya pernah bermimpi melihat seseorang yang rupanya agak pelik di tepi kubur.

“Selain itu saya juga susah untuk tidur, tidak boleh mengiring atau dalam posisi lain. Hanya terbaring seperti jenazah dengan tangan di dada. Mungkin dia mahu saya mati,” terangnya.


Bimbang keadaan menjadi lebih parah, Maya berkata dia cuba berubat dan menjalani rawatan perubatan Islam.

Bukan itu sahaja, dia juga kerap bermimpi wajah seseorang selepas menunaikan solat hajat meminta diberikan petunjuk.


“Saya lakukan solat hajat memohon diberi petunjuk siapakah orang yang melakukan perbuatan ini. Beberapa kali saya nampak wajah yang sama.

“Saya maafkan orang itu. Tidak elok menyimpan dendam kerana takut perkara sebegini akan berlaku kepada keluarga saya.

“Sekarang ini ada masa saya rasa jiwa masih kosong. Saya hanya kuatkan semangat dan terus berdoa dijauhkan daripada sebarang unsur sihir lagi,” ujarnya.



Maya dan Zul selamat bernikah pada 22 Februari lalu. Ini merupakan pernikahan kali kedua buat mereka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 4-3-2022 10:52 AM
apa aje org tu buat sampai kene gitu sekali……

Quote tipah89 4-3-2022 10:54 AM
sapa la yg bodo yakmat anto sihir ke si sendu dua ekor ni. kawen dgn no body pun ada org nak dengki2 eh..jutawan kah? fofular kah? sendiri yg belah bahagi nak kawen salahkan sihir pulak
Quote newyork 4-3-2022 11:11 AM
Macam buang duit pengeras ja bomoh dierang nih hahaha.
Quote asamfish 4-3-2022 11:15 AM
Itu maknanya guts feeling nko kate toksah kawen la tuuu
And satu lg, kalau selalu rasa jiwa kosong, selalunya hati nko tu yang selalu ada rasa iri or low self esteem....
banyakkkk la nkau punya sihir.....
Quote cmf_premierleag 4-3-2022 11:20 AM
gediknya la nak bajet2 kene sihir bagai
ko kawen dgn zul je ponnnn
bukannya anak raja or vvvip bagai pon
Quote ezacbee 4-3-2022 11:31 AM
Loh ingatkan zul dah lama kawen lepas cerai isma.
Quote marchikobonzo 4-3-2022 11:46 AM
boleh tak selfie jauh2 sikit dari camera
Quote ayukpingu 4-3-2022 11:59 AM
agaknya bini ko yang tak confident nak kawin ngan ko. masih fikir2 ..sihir jugakk disalahkan nya
Quote giyomi 4-3-2022 12:27 PM
sapa yg degki tu, mai tunjuk muka kat aku...nak dengki pon , degki lah kat insan popular muda mudi, ni dah lar kertu, sendu yg amat sampai iol tak tau sapa depa berdua ni.
Quote mongoose_kidz 4-3-2022 01:14 PM
rempitnya nmpak 2 org ni
Quote fealefea 4-3-2022 01:21 PM
hmmm, ade logiknye jugak kalau ko menghancurkan hati org lain.
Quote missyL 4-3-2022 01:40 PM
Sihir ke mental sis xkuat nk nikah..
Xthu la plk zul idaman Malaya
Quote bemyself 4-3-2022 01:42 PM
Mak aikk gg ko zul weihhh...
Quote hareeeesah 4-3-2022 01:50 PM
iolls terhibur baca komen forumers
Quote kucim 4-3-2022 01:51 PM
Ckp psl sihir ni aku bukan nak menafikan kewujudannya dlm quran pun ada sebut..tp itulah tukang2 bomoh perubatan yg berlindung di sebalik nama perawat tradisional ka perawat islam ka..akan guna isu sihir..ilmu htm ni utk menakut2 kan pesakit..padahal kalau dah sakit fizikal tu dah terbukti di hospital sakitnya mcm kencing manis..tp masih ada yg percaya kena kencing manis akibat di sihir org...last2 x lepas dgn hospital juga..renungkan dan amik pengajaran..bomoh2 ni suka gunakan org utk amik kesempatan
Quote laksmanabentan 4-3-2022 01:54 PM
missyL replied at 4-3-2022 01:40 PM
Sihir ke mental sis xkuat nk nikah..
Xthu la plk zul idaman Malaya

idaman satu malaya hokayy...
very der popular.. dengan badan berketul2..
woww sgt... merembes la...
senyum sikit aja da gulllppp telan air liur uoolllssss....
da tu kaya raya pulakkk...
ishhhh... idaman la sgt....
Quote cashewnut 4-3-2022 01:54 PM
Hansem? Kaya?? Ada reta? Ada pangkat? Yihhhh sangat orang nak dengki
Quote missyL 4-3-2022 02:15 PM
laksmanabentan replied at 4-3-2022 01:54 PM
idaman satu malaya hokayy...
very der popular.. dengan badan berketul2..
woww sgt... merembes la.. ...

Hahahahaha
Ni mcm slh zul je
Quote AKAZ85 4-3-2022 02:20 PM
Zul je pon sampai nak sihir2....[em:10:]

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top