"Noh menyarankan agar kami mengambil anak angkat. Saya ingat lagi, saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka hati dan menerima ikhtiar itu.
"Bukan mudah untuk saya menerima perubahan hidup itu. Saya selalu berdoa, memohon agar Allah melapangkan dan membuka ruang dalam hati saya, agar saya melepaskan perasaan insecurity.
"Agar saya terus percaya pada perancangan dan caraNya. Alhamdulillah, kehadiran Baby Musa membuatkan diri saya sepenuhnya dapat menerima kehadirannya," kata Nina.
Terbabit dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan, Nina sering menyaksikan kehidupan dan keadaan kanak-kanak serta bayi yang kehilangan kedua ibu bapa.
Keadaan itu turut mempengaruhi keputusan yang akhirnya bersetuju dengan cadangan suaminya, Noh. - CARI