Tidak dapat menerima lawak sinis Harith Iskander, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud tampil memberi teguran di Twitter.
Harith menerusi persembahan ‘stand up’ komedinya itu secara sinikal membincangkan isu perbezaan servis lapangan terbang di negara kita dan Singapura. "Saya kagum bila saya pergi ke Singapura. Orang Singapura tidak mahu pelancong menikmati suasana negara mereka. Semuanya tentang bisnes. "Mereka ada 20 kaunter imigresen yang beroperasi.
"KLIA pun ada 20 kaunter, tapi hanya dua yang beroperasi," ujarnya disambut tawa dan tepukan gemuruh penonton. Ekoran itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith dengan mendakwa pelawak itu memberi maklumat yang mengelirukan. Bagaimanapun, Harith kemudian tenang membalas ciapan itu. Selain menceritakan pengalaman masing-masing berurusan di kaunter lapangan terbang di seluruh Malaysia, segelintir netizen menasihati Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai. Sumber: BeautifulNara
|
asamfish replied at 4-3-2022 11:54 AM
KLIA imigration paling pantas dan efficient sepanjang saya keluar masuk. Suruh la Harith tu pegi US ...
asamfish replied at 4-3-2022 11:54 AM
KLIA imigration paling pantas dan efficient sepanjang saya keluar masuk. Suruh la Harith tu pegi US ...
QueenIsolde replied at 4-3-2022 02:18 PM
Si Botak ni semua bangsa, negara ok perfect cuma jangan Melayu, Islam, Malaysia. I wonder adakah dia ...
annadonna replied at 4-3-2022 08:43 AM
Comedian. What do you expect. Kalau dia bijak tidaklah dia jadi comedian. Mesti dah ada kat frontlin ...
ADVERTISEMENT