Baru empat bulan memegang jawatan, pelakon dan pengarah filem, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof tidak lagi bersama Kementerian Luar Negeri selepas digugurkan jawatan masing-masing. Memetik sumber, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan kontrak Ahmad Idham sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Eizlan selaku perunding Kreatif telah ditamatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Dalam pada itu juga, Saifuddin turut memaklumkan bahawa kontrak setiausaha sulitnya, Datuk Fizal Fauzi turut ditamatkan. Tambahnya lagi, pada Disember lalu beliau terpaksa menggunakan sumber sedia ada kerana kementeriannya tidak memperuntukkan bajet bagi memulakan diplomasi budaya. Jesteru, Ahmad Idham dan Eizlan tidak dibayar gaji yang tinggi berbanding kedudukan mereka sebelum ini.
|
Tambahnya lagi, pada Disember lalu beliau terpaksa menggunakan sumber sedia ada kerana kementeriannya tidak memperuntukkan bajet bagi memulakan diplomasi budaya.
Jesteru, Ahmad Idham dan Eizlan tidak dibayar gaji yang tinggi berbanding kedudukan mereka sebelum ini.
harkktuih replied at 4-3-2022 07:39 AM
Sumber rapat dengan kementerian itu berkata kedua-dua selebriti itu berharap mendapat peruntukan ker ...
ADVERTISEMENT