CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Diri Artis, Ayie Floor 88 Nak Buka Gerai Makan Tepi Jalan

3-3-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1556| Komen: 7

Penyanyi Floor 88, Ayie Elham yang kini mengusahakan Ayie Elham Cafe bersama isterinya, Nur Natasha Ahmad Nawawi mula terfikir untuk membuka gerai tepi jalan bagi mengurangkan kos.


Ayie berkata, dia dan isteri bercadang untuk menjual makanan dari Tawau, Sabah iaitu nasi lalap di sekitar Maxim, Sentul, di sini.


Foto: IG

"Sekarang saya macam nak merasa berniaga di tepi jalan, buka khemah, sempoi. Berniaga tepi jalan dengan orang ramai jual nasi lalap," katanya.

Menurutnya, ia satu perkara mudah kerana tidak perlu untuk fikirkan kos sewa kedai seperti yang dilakukannya sekarang iaitu membuka restoran.


"Hanya buat lesen dan kita pacak khemah tepi jalan. Orang lagi suka. Saya sendiri pun suka beli makanan tepi jalan. Mengapa tidak saya cuba? Kita tak payah nak fikir kita ini artis, orang kenal ke apa sebab sekarang ini semua orang tengah 'struggle' tak kisahlah apa kerjaya dia.

"Jadi saya dan isteri ambil pendekatan nak meniaga tepi jalan. Ia memudahkan kerja kita, tak payah fikir kos nak bayar bil elektrik, bil air dan sewa kedai," katanya.



Ayie berkata, lokasi di Maxim Sentul itu sesuai kerana di situ ada banyak gerai dibuka di tepi jalan.

"Nasi lalap seperti ayam penyet. Ia sangat popular di Tawau. Bezanya dengan ayam penyet cuma pada sambal dan ayam," katanya.

Baginya, panas atau hujan bukan soal utama untuknya mencari rezeki. Apatah lagi isterinya kini hamil empat bulan.

"Semua orang tengah susah. Kita pun tak terlalu stabil dan tiada untung lebih. Kafe pun baru nak bernafas semula," katanya.



Terdahulu, Ayie dan isterinya membuka Ayie Elham Cafe pada 2020 di Setapak dengan kos kira-kira RM90,000.

Dalam masa sama, Ayie bersyukur kerana perniagaan kafe itu semakin pulih sekarang.



"Pelanggan pun makin meningkat dan jualan pun makin okay. Cuma bimbang bila kes Covid-19 makin naik, akan ada sekatan pergerakan seperti dulu.

"Saya harap tidak akan ada lagi kerana sebelum ini kami memang sukar tetapi masih boleh bertahan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-3-2022 05:51 PM
Oklah tu.. Tapi jangan baper bulan je.. Dh cukup target, gerai pon bungkus.. Artis2 ni ramai Sgt dh mcmni..
Quote Thunderclouds 3-3-2022 06:38 PM
Aii . recycle blk cita bulan lepas ka?
Quote nuryakmal 3-3-2022 06:43 PM
Kdg menyampah dengan perkataan artis ni. Mcm la korang bangsa kayangan ke apa. Ape.  Korang tak makan? Tak bayar tax? Tak kentut?

Quote dudaberhias 3-3-2022 10:31 PM
semoga maju jaya... tapi ramai retis buka cafe semua lingkup sebab kualiti out...
lepastu makanan plak makanan yang orang melayu jarang makan di letakkan sebagai menu...
memang payah sikit ler nak hidup lama...
tapi tengok heols macam dah ada pengalaman... kalau dah ada customer tetap bagus la proceed cafe..
Quote eely_shana 3-3-2022 10:53 PM
Semoga bisnes maju
Quote cmf_premierleag 3-3-2022 11:02 PM
so kalo ko retisss mmg wajibbbb ko kene bukak kedai makan kt tmpt2 high class je ke?
lps tu gigih nk justify ngape bukak gerai je walau ko tu ARTIS???? stupid much budak ayie nih
Quote meah_kelabu 4-3-2022 09:34 AM
nampak kedai dia dkt setapak tu mcm meriah gak
kiri kanan dpn mmg smua pon kedai makan. tinggal lg rejeki la kastemer pilih nk masuk yg mane

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.042257 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top