Dalam rumah tangga, suami isteri perlulah ada sikap bertoleransi dan sama-sama bertolak ansur. Contohnya, tugas mengemas rumah. Tidak adil sekiranya tugas tersebut dibebankan kepada isteri sahaja. Jadi, apa salahnya jika sama-sama bekerjasama menyelesaikan tugas itu. Namun, tugas tersebut perlulah dilakukan dengan ikhlas. Kita mesti pernah melihat drama-drama di TV3 yang menunjukkan menantu 'berpura-pura' melakukan kerja rumah untuk dipandang tinggi oleh mentua. Tidak kisah lelaki atau perempuan, perkara ini pernah terjadi dalam kalangan masyarakat kita.
Itulah yang cuba disampaikan oleh usahawan Dato Aliff Syukri. Baru-baru ini Dato telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya. Video menunjukkan Dato terpaksa melakukan kerja-kerja rumah oleh Datin Shahida namun apabila ibu Dato Aliff Syukri datang untuk melawat mereka di rumah, Datin Shahida terus merampas penyapu itu dan berpura-pura seperti dia yang mengemas rumah.
|
imransulaiman replied at 3-3-2022 07:38 PM
Kata dah tak nak upload video bodoh...tapi janji tinggal janji. Dyslexia satu famili ke???
ADVERTISEMENT