Kecoh di media sosial Dior, di mana Instagram jenama fesyen terkenal antarabangsa itu dibanjiri dengan komen-komen dan respon negatif dari pengguna media sosial.
Hal ini berpunca dari fesyen yang digayakan Rihanna ketika menghadiri pertunjukan fesyen Dior 2022, di Minggu Fesyen Paris sangat tidak sesuai bagi pandangan umum. Rihanna yang hadir ke pertunjukan fesyen dengan menggayakan koleksi musim luruh Dior 2022 itu, mengenakan gaun lace tulle yang menampakan pakaian dalam serta perutnya yang hamil bersama kot hitam dan juga kasut but rona sedondon. Pilihan fesyen selebriti itu menggayakan koleksi jenama terkenal itu mendapat kecaman dan komen negatif dari orang ramai di media sosial Dior.
Apatah lagi keadaan cuaca di Paris yang sejuk ketika ini, membuatkan ramai meluahkan rasa risau terhadap bayi dalam kandungan penyanyi tersebut. Sumber: Murai
|
lurve82 replied at 9-3-2022 07:59 PM
ok la tu baju ni...dr baju yg dia pki event besar apa ntah..nampak ketet terus walau sarung kain bli ...
mzzenma replied at 11-3-2022 12:23 PM
event swarovski kan? ala2 bogel terus gitu..ni kira sopan lah kut utk standard dia
ADVERTISEMENT