Wawa Zainal berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.
Menurut Wawa, Aeril berbuat demikian sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru. “Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut. “Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa menerusi video yang kini sudah pun mendapat lebih 200,000 tontonan itu.
|
ADVERTISEMENT