Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau hati tak cukul kental, jangan dipicu diamnya netizen. Terlalu ramai pencipta kandungan pada masa kini yang gemar melakukan usikan (prank) sama ada dengan tujuan gurauan semata-mata mahu pun promosi produk. Rata-rata, segelintir mereka akan berhadapan dengan pelbagai cacian dan makian gara-gara 'prank' berkenaan dan akhirnya tampil memohon maaf selepas tidak tahan berhadapan dengan tohmahan
Baru-baru ini, pelakon Izuan Razali dihujani kecaman teruk gara-gara adegan tepuk meja dan memarahi salah seorang pekerja sebagai bentuk usikan yang dilakukan tanpa pengetahuan tuan restoran. Dihujani pelbagai maklum balas negatif, Izuan kemudian bertindak bertemu dengan pemilik restoran berkenaan dan memohon maaf atas perbuatannya itu. Walaupun Izuan berkongsi video sebagai bukti dia sudah memohon maaf dan menunjukkan hubungannya dengan pemilik restoran baik-baik sahaja, nyata ia masih tidak dapat menghentikan jari-jari netizen yang tetap rancak mencaci 'content' berkenaan. Menerusi sebuah video, Izuan dengan linangan air mata memohon agar warga maya tidak lagi menghentamnya dengan kata-kata hingga membabitkan keluarganya. "Aku tak faham dengan semua netizen. Tolonglah, aku dah minta maaf dengan tuan kedai tu tapi kenapa nak kena sampai ganggu family aku? "Kau pergi kacau IG aku, pergi kacau family aku. Kenapa? Aku dah minta maaf dah pun dengan abang tu. Apa lagi yang korang nak daripada aku?" katanya. Sementara itu, Izuan menerusi temu bual dengan Mstar berkata andai ada yang kurang senang dengan 'content' yang dilakukannya, dia berharap agar individu berkenaan mengirimkan mesej atau bersemuka dengannya. -CARI |
ADVERTISEMENT