CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Naik Masa Salji Turun Hari Itu Kan Best," Ramai Teruja Tengok Elizabeth Tan Daki Gunung Kinabalu

2-3-2022 08:32 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1758| Komen: 1|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Elizabeth Tan


Gunung Kinabalu sentiasa menjadi daya tarikan apabila seseorang berkunjung ke Sabah. Pasti ramai di antara kita yang berhasrat mahu mendaki gunung yang berketinggian 13,425 kaki itu. 

Walaupun tidak mudah untuk mendaki Gunung Kinabalu, namun, cabaran dan penat lelah mendaki tersebut akan menjadi satu memori indah bagi semua golongan pendaki. 

Sumber: Instagram Elizabeth Tan


Baru-baru ini, penyanyi popular Elizabeth Tan atau dikenali dengan nama panggilan Lizzy telah berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Walaupun bertubuh genit, Elizabeth amat bersemangat untuk menghabiskan pendakian di gunung itu. 


Elizabeth Tan telah berkongsikan pengalamannya di laman Instagram. 

Menurut Elizabeth, ia merupakan satu memori yang tidak akan dilupakan olehnya. Namun, Elizabeth agak terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menikmati salji di puncak Gunung Kinabalu yang hangat diperkatakan di sosial media beberapa hari yang lepas. 

Sumber: Instagram Elizabeth Tan

Kelihatan Elizabeth Tan begitu teruja di dalam video montaj yang dikongsikan olehnya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat mengucapkan tahniah kepada Elizabeth dan ramai juga yang bertanyakan pelbagai soalan berkenaan dengan Gunung Kinabalu kepadanya. -CARI

Sumber: Instagram Elizabeth Tan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 2-3-2022 09:01 PM
wow...kaki tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034698 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top