CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"No Bulu Mata Anymore, Terima Kasih Di Atas Teguran,"Disangka Pakai Bulu Mata Palsu, Noor Khiriah Ditegur

2-3-2022 08:30 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2712| Komen: 12|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Noor Khiriah


Lumrah apabila menjadi seorang selebriti, ada sahaja yang tidak kena di mata netizen. Setiap apa yang dilakukan oleh selebriti, pasti akan ada teguran yang menyusul yang kadang-kala menyebabkan artis berkenaan terasa hati. 

Sumber: Instagram Noor Khiriah


Terdahulu, Noor Khiriah pernah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya. Di dalam foto tersebut kelihatan Noor Khiriah yang segak disolek. Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah 'bulu mata' palsunya. 

Oleh kerana hal itu, netizen telah menegur Noor Khiriah. Nanum, Noor Khiriah mengambil positif dengan komen-komen yang diberikan kepadanya. 


Baru-baru ini, Noor Khiriah telah memuat naik posting terbaru untuk menjelaskan tentang hal itu. Menerusi kapysen posting tersebut, Noor Khiriah telah menyatakan bahawa dia adalah manusia biasa yang sering melakukan kesalahan dan kini dia tidak lagi memakai bulu mata palsu. Dia cuma menggunakan khidmat juru solek untuk melentikkan bulu matanya. 

Sumber: Instagram Noor Khiriah

Bukan senang untuk mengambil hati semua orang lagi-lagi mahu memuaskan hati setiap netizen. Selebriti juga manusia biasa. Namun, sikap keterbukaan Noor Khiriah membuatkan ramai peminat senang hati dengannya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Noor Khiriah. Ada juga yang sempat memuji betapa cantiknya Noor Khiriah dengan cara solekan begitu. -CARI

Sumber: Instagram Noor Khiriah


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-3-2022 10:05 PM
Poziah nawi versi muda sikit.
Quote dudaberhias 2-3-2022 10:19 PM
ada ke yang tegur masalahnya... bulu mata je dikkk... pakainya hanya waktu tertentu... macam produk mesra wuduk tu hujung hujung tetap kena cuci dulu sebelum solat... lain2 tu untuk menunggang... sama dengan produk air aliff syukri jual dulu2 masa hadap nak duit dan kaya ya itu air 30 juzuk quran berperisa oren...
Quote holothurian 2-3-2022 11:18 PM
beberapa tahun lepas,pernah baca pasal bulu mata palsu pasal Khiriah... jadi, Khiriah akan sentiasa up kat bod ni pasal bulu mata palsu kahhhhhh... hahahahahaha..
Quote sharlenetexas 2-3-2022 11:21 PM
MUA perempuan lah kan?

Quote Perawankota 3-3-2022 02:31 AM
Suka tgk dia berlakon, tapi tak suka dia merempan kt ig..
Quote Paris19 3-3-2022 03:51 AM
Suka tengok dia belakon jugak
Quote Mary_jane 3-3-2022 11:05 AM
Suka tengok Bedah. Dulu2 pun selalu jadi leading actress.
Quote gigi 3-3-2022 11:11 AM
kurang2 kan merempan kat IG bole???? so annoy
Quote deebiz14 3-3-2022 11:20 AM
Apesal cam dejavu tred nih?

Alahai netz nih. Bulu mata pelesu je pun. Yg si mek ni pun, tak yah la layan sgt. Nyways, meols pun suker lakonan dia.
Quote prince_marhaen 3-3-2022 02:25 PM
meols pun suka lakonan beliau...cuma tibaaaaajahh beliau asyik nak merempan dah berubah dah berhijrah bagai tiada hari esok, asyik acah lembut sopan ayu moslimah...jadi tak syok....sebab bila dah selalu sangat nampak fake dan menonggang bila hujung-hujung kau menjual.... yihhh
Quote Perils 3-3-2022 04:01 PM
Belibis replied at 2-3-2022 10:05 PM
Poziah nawi versi muda sikit.

Betul.. iols pun selalu bygkn kalau watak muda blh amek khiriah,yg tua amek fauziah nawi.. he3..
Quote makton 3-3-2022 04:14 PM
suka tgk dia berlakon. tp tak minat nak follow ig dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090769 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top