Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2021.
Jumlah pembayaran dividen adalah RM50.5 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.3 bilion bagi Simpanan Syariah. Secara keseluruhan, jumlah pembayaran dividen bagi 2021 sebanyak RM56.8 bilion. Tahun lalu, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.2 peratus untuk Simpanan Konvensional 2020 dan 4.9 peratus untuk Simpanan Syariah 2020.
Sedekad lalu menyaksikan pembayaran dividen KWSP untuk Simpanan Konvensional sebanyak 5.8 peratus pada 2010 diikuti 6 peratus (2011), 6.15 peratus (2012), 6.35 peratus (2013), 6.75 peratus (2014), 6.4 peratus (2015), 5.7 peratus (2016), 6.9 peratus (2017), 6.15 peratus (2018), 5.45 peratus (2019) dan 5.2 peratus (2020). Bagi Simpanan Syariah, ia mencatatkan dividen sebanyak 6.4 peratus pada 2017, 5.9 peratus (2018), 5 peratus (2019) dan 4.9 peratus pada tahun lepas (2020). -CARI Sumber: mStar/ The Star
|
mesmerize replied at 2-3-2022 02:13 PM
jauh beza conventional n syariah
tapi alhamdulillah juga, rezeki
chandrahusin replied at 2-3-2022 02:40 PM
sbb simpanan Shariah dh siap2 tolak zakatjadi nnt bila cukup umur keluar dh payah kira zakat
kira ...
chandrahusin replied at 2-3-2022 02:40 PM
sbb simpanan Shariah dh siap2 tolak zakatjadi nnt bila cukup umur keluar dh payah kira zakat
kira ...
kepompong replied at 2-3-2022 03:00 PM
ok tq. i pun tertanya2 apa beza syariah & tak. kalau tak perlu keluar zakat ok lah tu. tapi i keti ...
chandrahusin replied at 2-3-2022 02:40 PM
sbb simpanan Shariah dh siap2 tolak zakatjadi nnt bila cukup umur keluar dh payah kira zakat
kira ...
Adakah KWSP akan membuat pembayaran zakat untuk simpanan ahli? Adakah ahli perlu membayar zakat selepas membuat pengeluaran Simpanan Shariah? Adakah kadar dividen yang diagihkan telah dikenakan zakat?
KWSP tidak akan mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP ahli termasuk dividen kerana ahli KWSP tidak mempunyai pemilikan sempurna terhadap simpanan KWSP mereka yang merupakan salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat.
Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) memutuskan pemilikan sempurna ahli KWSP ke atas simpanannya adalah apabila simpanan tersebut layak dikeluarkan dan boleh digunakan oleh ahli tanpa sebarang sekatan. Ahli KWSP beragama Islam wajib mengeluarkan zakat ke atas simpanan KWSP yang layak dikeluarkan sekiranya mencapai nisab (kadar minimum yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas).
Jenis-jenis pengeluaran yang tertakluk kepada pembayaran zakat adalah:
Pengeluaran Umur 50 Tahun
Pengeluaran Umur 55 Tahun
Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
(Sumber: FAQ Simpanan Shariah KWSP)
syamzana replied at 2-3-2022 02:49 PM
ooo camni ke?aritu tukar tak amik tau pun.bagus la memudahkan pencarum.
yeayyy alhamdulillah
mesmerize replied at 2-3-2022 03:16 PM
tak la sis.. kwsp tak bayarkan zakat siap2.. tabung haji je camtu..
mejaputih replied at 2-3-2022 02:36 PM
Kalau syariah masih kena kuarkan zakat kan?
green~tea replied at 2-3-2022 03:31 PM
Kena keluarkan zakat bila keluarkan dari kwsp... dlm kwsp x zakat sbb bukan milik mutlak kita.. le ...
ADVERTISEMENT