CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua 'Rider' Penghantar Makanan Rempuh Sesama Sendiri

2-3-2022 04:31 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2484| Komen: 32|Original author: Agent13k

Ada video tular di media sosial Twitter yang memaparkan sebuah rakaman kejadian kemalangan di simpang empat jalan raya di Alam Damai, Cheras, melibatkan dua penunggang (rider) penghantar makanan bertembung sesama sendiri.

kredit foto: Twitter


Video itu menunjukkan beberapa penunggang penghantar makanan  dalam perjalanan untuk menghantar pesanan daripada pelanggan.



Tetapi, mereka melanggar lampu isyarat di persimpangan jalan dan mengakibatkan dua penunggang itu bertembung kemudian merempuh sama sendiri lalu kedua-duanya terjatuh di penghadang jalan konkrit itu.


Netizen meminta kepada semua penunggang penghantar makanan supaya berhati-hati apabila menghantar makanan dan tidak melanggar lampu isyarat. Ada juga meminta supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain ketika menghantar makanan. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 2-3-2022 04:34 PM
Tu la komer..hati2 dan jgn sesekali langgar lampu isyarat. Buruk padahnya...
Quote JunkMail 2-3-2022 04:37 PM
Selayaknya lahh
Quote Artemesiaa 2-3-2022 04:41 PM
Dah agak satu hari pasti jadi macam ni pasal masing2 tak nak ikut peraturan jalanraya.
Quote monreyes 2-3-2022 04:55 PM
dorang ni mmg...
x sabar sungguh nak dikapankan
Quote kyrana 2-3-2022 05:02 PM
Kita nak tolong dorang demi kelansungan hidup, tapi sbb gaya di jalan raya mcm ni lah jadi malas dah nak order sgt dari rider2 nih.
Quote ninja boy 2-3-2022 05:08 PM
95% rider langgar traffic light. Pekerjaan sumpahan seranah
Quote krustykrab 2-3-2022 05:31 PM
Boleh tgk kesemua rider2 langgar lamu merah..yg sorg tu je tak bernasib baik..semoga tak buat lagi la dik, kesian anak bini nnt.
Quote .HannahMontana. 2-3-2022 05:40 PM
Hati-hatilah ketika memandu


xsempat makan ke sampai merempuh sesama sendiri tu???
Quote prettyuglybabe 2-3-2022 05:50 PM
i selalu tertanya.. kalau rider accident ke apa tengah delivery, then food orang order tu macam mana ye?
Quote imransulaiman 2-3-2022 07:27 PM
Nak cakap - CASH!

Dah banyak kali dah aku nyaris eksiden disebabkan rider ni semua! Potong jalan, makan jalan, himpit kereta, mencilok dari sebelah kiri!
Quote Adrif 2-3-2022 07:38 PM
mohon berhati-hati

tiap2 minggu ada serpihan motor kat simpang 4
punca yang sama, rider langgar lampu merah

moga Allah permudahkan segala urusan semua orang
faham sangat, sekarang ni zaman tenat. tapi berhati-hati lah ya
Quote belacan_gurl 2-3-2022 08:19 PM
Aku berhuhuhu jerrr sbb semua org malaysia tahu betapa gelojoh nya rider bawak moto....tu belum jenis yg langgar lampu isyarat....so aku x kesian langsung... menyusahkan org
Quote eyansss 2-3-2022 09:50 PM
prettyuglybabe replied at 2-3-2022 05:50 PM
i selalu tertanya.. kalau rider accident ke apa tengah delivery, then food orang order tu macam mana ...

foodpanda tak sure tapi grab akan call pastu bagitau situation...  then bagi pilihan, nak return balik duit or nak tunggu diorang pi order baru kat kedai tu...
Quote MakareyumSuciey 2-3-2022 10:29 PM
Sepanjang pemerhatian iols, food rider ni mmg kaki langgar trafik. Malas nak hina.
Quote cmf_premierleag 2-3-2022 10:30 PM
Cash lah..kowser nk simpati bagai.apsal bodoh sgt
Quote Suchi 2-3-2022 10:48 PM
Rider foodpanda suka langgar traffic light. Risau betul takut bertembung ngn dia padahal dh mmg turn kita bergerak.
Hati2 laa baru2 ni kawan sekolah iols meninggal eksiden. Dia rider foodpanda laa taktau sejak bila dia jd rider,kalau tgk gambar dia masa baru eksiden tu mcm tak teruk je sbb dia masih sedar dan boleh duduk.
Rupanya cedera parah dia meninggal pun setelah 2-3 minggu dirawat kat hospital. Sian anak2 kecil lagi.
Quote Jitu 2-3-2022 11:03 PM
entah lah malas nak kecam sangat
kawan aku pun ada kerja ni kena sakit belakang tak hilang2
mungkin sbb naik motor lama sangat
Quote Decaffeinated 2-3-2022 11:39 PM
Sorang ja kan yg langgar lampu merah. Kalau tak boleh nak kesian kat dua2 at least kesian kat yg sorang lagi tu.
Quote xy_daen 3-3-2022 01:39 AM
Asalnya dulu kebanyakkan mereka adalah mat rempit penyokong bosskurrrrrr

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.111123 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top