CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Kantoi Berasmaradana Ketika Kuliah Online

2-3-2022 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2176| Komen: 3

Tindakan seorang mahasiswi Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN Suska) Riau, Indonesia yang dipercayai bercumbuan dengan teman lelakinya ketika sesi kuliah berlangsung menerusi aplikasi Zoom mengejutkan rakan sekelas.


Berikutan kes itu menjadi tular,  Timbalan Dekan I UIN Suska Riau Zarkasih menerusi satu kenyataan tampil memohon maaf atas apa yang telah terjadi. 


Gambar hiasan

Memetik laporan media tempatan, pelajar berkenaan dikenali sebagai A turut diminta untuk tampil memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut.


"Pertama, kami memohon maaf atas isu viral ini. Kami telah meminta penjelasan dan kejadian itu berlaku semasa kuliah umum. 

"Setiap pelajar berada di tempat masing-masing, bukan di sini (kampus)," ujarnya.

Ujar Zarkasih lagi, tindakan pelajar tersebut kemungkinan besar boleh dikenakan denda dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Bercerita lebih lanjut, pelajar semester dua Jabatan Pengurusan Pendidikan Islam tampil memohon maaf kepada pihak universiti atas apa yang telah terjadi dan aksi tersebut dipercayai dilakukan di sebuah rumah.

Difahamkan kuliah tersebut yang diadakan secara atas talian dihadiri oleh ribuan pelajar yang lain.

"Pelajar perempuan adalah pelajar UIN dan lelaki tidak. Kita akan adakan mesyuarat dengan lembaga kod etika dahulu.

"Kita tidak boleh ulas lanjut sama ada disengajakan atau tidak. Perjumpaan zoom (syarahan) ketika itu kira-kira 1,000 pelajar yang menyertai secara berkumpulan, tetapi pensyarah berbeza," jelasnya.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 2-3-2022 02:06 PM
amboii tak padan dgn nama universiti islam kikikkkk
Quote Adrif 2-3-2022 08:18 PM
kerana sangap sesaat, musnah maruah dan masa depan

Quote dua_chzy 2-3-2022 08:23 PM
selipar_hijau replied at 2-3-2022 06:06 AM
amboii tak padan dgn nama universiti islam kikikkkk

Manusia. Zaman aku kat U dulu pun ada budak Pendidikan Islam selamba bersekedudukan dengan boipren. Anak ustazah course aku pula pi sambut bekas budak PI tu lepas meka putus, dok serumah 2 tahun sebelum didumped karna jantan tu memang pussy hunter sejati.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.054865 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top