Tidak dinafikan, rata-rata ramai pereka fesyen tempatan menggunakan khidmat model berbangsa asing untuk memperagakan koleksi rekaan pakaian terbaharu mereka. Pereka fesyen Rico Rinaldi yang turut menggunakan model 'mat salih' bagi promosi koleksi baju raya 2022 bagaimanapun mendapat teguran dari netizen. Isu berkenaan mencetuskan perdebatan antara dua pendapat. Ada yang mengatakan baju raya diperagakan orang luar menyebabkan dia hilang 'selera' membeli dan ada juga yang menyifatkan perkara itu sama sekali bukanlah masalah besar. Di Twitter, seorang warga maya yang menciap semula perkongsian Rico mengakui dia tidak membeli baju raya yang diperagakan oleh model mat salih.
Bagaimanapun, jawapan Rico yang mengatakan tidak timbul masalah pun sekiranya pemilik akaun berkenaan tidak membeli pakaian rekaannya. Jawapan itu menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam kalangan pengguna lain. Apatah lagi apabila Rico menggunakan alasan untuk menjaga aurat model wanita Melayu. Netizen menganggap ia adalah alasan lapuk. Jawapan itu menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam kalangan pengguna aplikasi Twitter yang lain. Apatah lagi apabila Rico menggunakan alasan untuk menjaga aurat model wanita Melayu. Netizen menganggap ia adalah alasan lapuk. Ada yang mencadangkan Rico menggunakan 'mannequin' untuk menunjukkan perincian pakaian berkenaan seperti bentuk atau hiasan pada bahagian leher baju. Anda boleh terima ke jawapan Rico ini? - CARI
|
julia5094 replied at 2-3-2022 03:45 PM
Benda tak de isu pun sebenarnya..
dudaberhias replied at 2-3-2022 04:32 PM
Maaf iols lebih suka model omputih yang pakai sebab cantik terletak baju tu. Kalau macam baju melayu ...
ADVERTISEMENT