CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Macam Barbie Lah!" Peminat Teruja Lihat Amelia Handerson Gayakan Gaun Perkahwinan

2-3-2022 03:30 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2938| Komen: 13|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Amelia Handerson


Siapa tidak kenal dengan selebriti Amelia Handerson? Wajahnya yang cantik ini sering kali dilihat menghiasi kaca televisyen sejak dia kecil lagi. Untuk pengetahuan semua, pelakon dan model ini berdarah kacukan India dan Scotland. Memang tidak dinafikan kecantikan dirinya. 

Baru-baru ini, Amelia telah memuat naik gambarnya yang terkini di laman Instagram miliknya. Dengan follower sebanyak 1 juta, semestinya pelakon cantik ini sentiasa menjadi tumpuan ramai. 

Sumber: Instagram Amelia Handerson


Menerusi posting terbarunya, kelihatan pelakon drama Kisah Cinta Kita ini telah di pilih untuk menjadi model pereka fesyen terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini. 

Sumber: Instagram Amelia Handerson

Amelia dipilih untuk menjadi model untuk Rizman Ruzaini Bridal Couture 2022. Posting Amelia mengenakan busana perkahwinan itu telah menarik perhatian peminat dan netizen.

Sumber: Instagram Amelia Handerson

Di ruangan komen juga dibanjiri dengan pelbagai komen dari netizen dan peminat yang memuji kecantikan pelakon berdarah kacukan ini. Ada juga di antara peminat yang mengatakan wajah Amelia seakan patung Barbie dan seriras penyanyi antarabangsa iaitu Dua Lipa. -CARI

Sumber: Instagram Amelia Handerson


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bambimbom 2-3-2022 04:31 PM
cantik la dia ni..
Quote Buritan 2-3-2022 04:35 PM
bambimbom replied at 2-3-2022 04:31 PM
cantik la dia ni..

Mcm muka aku..
Quote chinta89 2-3-2022 05:22 PM
mmg cantik dia dgn baju yg dia pakai dlm gmbr tu, mmg terpegun jap tgk. tp kalau tgk dia masa berlakon kdg tu tgk dia xde la cantik mana pun.

btw nak tanya ex husband dia dh kawin lain blm?
Quote Kancilkering 2-3-2022 05:44 PM
banyak baju pengantin baju anzalna yg paling iconic

tapi rr nye design sentiasa org org kaya tempah….bagus le local
designer nih…
Quote AcikBuncit 2-3-2022 05:56 PM
Dia ni mmg lawa. Muka dia lbh pd genetik sri lanka dia tu kan.. Lama ke dia kawen aritu ek. Nmpk cm ank dara lagi
Quote mendeluk 2-3-2022 06:00 PM
Dia dari kecil lagi sampai sekarang suka sgt buat rambut belah tengah. Rasa macam sama je dari dulu.
Cuba tukar belah ketepi ke.
Quote Masukkeluar 2-3-2022 06:12 PM
RR ni mmg sepesen tu je la design? ulang ulang design sama? lace labuci pn jenis pattern yg sama.

byk lg brand lain yg lawa lawa dan experimental mcm AMAZE, Rico,Hatta,Rizalman. tak thu knp rmai suka pakai RR.
Quote wirazam 2-3-2022 06:13 PM

Tepek bukti dulu sis...
Quote nakkomenjugak 2-3-2022 06:28 PM
Lawa dipakai kalau yang memakai nya lawa
kalau iol pakai ala2 dugong terdampar tak sedar diri gitchewww
Quote haylie 2-3-2022 06:36 PM
Makin hauk design rr. Dah takde idea lain kah?
Quote Buritan 2-3-2022 06:44 PM
wirazam replied at 2-3-2022 06:13 PM
Tepek bukti dulu sis...

Alaaa.. tak payahlaa nak buktiii.. mmg haku cantik mcm siamelia ni.. koh koh
Quote akuchenta 2-3-2022 08:38 PM
Edited by akuchenta at 2-3-2022 08:41 PM

Design wedding dress RR sama je.. Design evening dress Miss Universe kaler biru tu pun mcm ni jgk
Quote tomaz 2-3-2022 08:42 PM
X lawa pon

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.037244 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top