CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leissner Dapatkan Nasihat Pakar Feng Shui

2-3-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1367| Komen: 1

Dua bekas pegawai bank Goldman Sachs mendapatkan nasihat daripada pakar feng shui pada 2016 berkenaan siasatan AS mengenai penyelewengan dana kekayaan negara 1MDB di Malaysia, kata salah seorang pegawai bank berkenaan, Tim Leissner ketika memberi keterangan pada Selasa.


Leissner, 52, merupakan saksi utama pendakwa raya dalam perbicaraan terhadap Roger Ng, 49 di Mahkamah Persekutuan Brooklyn yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah.

Menurut Reuters, dia mengaku bersalah atas tuduhan serupa pada 2018 dan bersetuju untuk bekerjasama dengan kerajaan.


Kredit foto: Bloomberg


Leissner memberi keterangan bahawa selepas FBI menyerahkan sepina kepadanya pada Februari 2016, Ng dan isterinya, Hwee Bin Lim, mencadangkan dia berunding dengan pakar feng shui yang mereka percayai untuk bertanya sama ada mereka "akan menghadapi masalah".

Ng telah meninggalkan Goldman pada 2014, kata Leissner.

Tuduhan itu daripada salah satu skandal kewangan terbesar dalam sejarah. Pendakwa raya berkata Goldman dari 2009 hingga 2014 mengumpul AS$6.5 bilion untuk 1MDB melalui jualan bon dan memperoleh bayaran AS$600 juta, tetapi AS$4.5 bilion itu dialihkan kepada pegawai, pegawai bank dan rakan sekutu mereka melalui rasuah dan sogokan.

Leissner memberi keterangan bahawa dia dan Ng memainkan peranan penting dalam skim itu dan dia secara peribadi memindahkan wang sogokan AS$35 juta kepada Ng, pegawai bank terkemuka Goldman untuk Malaysia. Leissner menyelia firma itu di Asia Tenggara.

Dia berkata pada Selasa bahawa Ng dan Lim berjumpa dengan ahli feng shui di sebuah hotel di Hong Kong, di mana pengamal feng shui itu berkata dia akan menghadapi masalah dengan pihak berkuasa dalam tempoh lima tahun akan datang tetapi masalah itu akan selesai dengan sendiri.

"Saya dalam keadaan panik," kata Leissner. "Mereka merasakan ini akan memberi saya keselesaan dan mereka mahu tunjukkan sokongan mereka."

Pada akhir pertemuan itu, Leissner berkata dia, Ng dan Lim mereka cerita melibatkan Lim dan isteri Leissner ketika itu, Judy Chan, untuk mewajarkan dana AS$35 juta itu.

Keterangan itu boleh menjadi masalah bagi Ng, yang mengatakan bahawa wang yang disebut pendakwa berasal daripada keuntungan haram sebenarnya diperoleh daripada usaha perniagaan yang sah antara kedua-dua isteri lelaki berkenaan.

Peguam Ng berkata dia tidak memainkan peranan dalam skim itu selain memperkenalkan Leissner kepada perantara yang rapat dengan kerajaan Malaysia - dan Ng kemudian memberi amaran kepada Goldman supaya tidak mempercayai pengantara itu.

Peguam bagi Ng dijangka memanggil Lim untuk memberi keterangan dalam pembelaan suaminya. Mereka mula menyoal balas Leissner, yang telah memberi keterangan selama lima hari penuh, pagi Khamis lalu.

Goldman pada 2020 membayar denda hampir AS$3 bilion dan mengatur supaya unitnya di Malaysia mengaku bersalah di mahkamah AS.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 2-3-2022 02:08 PM
hahaha kak mah main bomoh... dia main feng shui... thorrrbaikkkk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.034402 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top