CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hutang Berdarah, Polis Buru Warga Nigeria Gaduh Guna Parang & Kapak

2-3-2022 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1208| Komen: 1

Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan insiden pergaduhan berdarah menggunakan senjata tajam melibatkan tiga lelaki warga Nigeria dipercayai berkaitan masalah hutang semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di kawasan awam sekitar bandar Melaka jam 11 malam tadi.


Kredit foto: MalaysiaGazette

Menurutnya, polis turut mengenal pasti seorang lagi rakan senegaranya berusia 33 tahun yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka susulan kecederaan dialaminya dalam pergaduhan semalam dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang.


“Kita percaya, insiden pergaduhan di tempat letak kereta Pangsapuri Jaya Muda, Jalan Ong Kim Wee semalam melibatkan tiga lelaki warga Nigeria disyaki berkaitan masalah hutang berjumlah kira-kira RM2,000.

“Bagaimanapun, polis masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas selepas seorang suspek ditahan manakala seorang lagi dikesan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka akibat luka di badan dan paha,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan kejadian pergaduhan dipercayai melibatkan dua lelaki warga Afrika di sebuah pangsapuri di Gajah Berang, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.

Saksi kejadian mendakwa melihat dua lelaki warga asing terbabit yang bersenjatakan parang dan kapak bergaduh dalam keadaan masing-masing berlumuran darah selama hampir 10 minit di ruang parkir pangsapuri terbabit.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 3-3-2022 12:09 AM
Elok la ko pakuk reramai ummah nigga ni..biar cepat pupus drpd bumi meleisia.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.314339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top