Mamuju: Seorang suspek kes rogol kanak-kanak maut selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh kumpulan tahanan di dalam lokap.
Lapor Tribunnews, kejadian itu berlaku di Mamuju Tengah, Sulawesi Barat kelmarin. Ketua Polis Mamuju Tengah, Amri Yudhi berkata, suspek ditahan di dalam lokap di balai polis kerana didakwa terlibat dalam kes merogol kanak-kanak perempuan. Katanya, beberapa jam selepas ditahan, suspek ditemukan meninggal dunia.
“Ketika dibawa ke balai polis, suspek dalam keadaan sihat dan beberapa jam selepas itu, dia ditemukan meninggal dunia. “Siasatan awal mendapati suspek dipukul beramai-ramai oleh tahanan di dalam lokap tersebut. “Suspek sempat dibawa ke hospital, namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia dan berdasarkan pemeriksaan, tubuhnya dipenuhi kesan lebam akibat dipukul,” katanya. Amri turut memberitahu, polis sudah mengambil keterangan daripada 15 saksi mengenai kejadian berkenaan. Jelas beliau, daripada jumlah itu, seramai 12 saksi di percayai terlibat dalam insiden tersebut. Dalam pada itu, keluarga mangsa juga sudah bertemu dengan pihak polis untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung insiden yang menimpa suspek. Seorang keluarganya, Nela berkata, dia tidak menyangka suspek akan mati di dalam lokap. “Sewaktu dia ditahan polis, keadaanya baik sahaja dan tidak lama selepas itu, kami terima panggilan memaklumkan suspek sudah meninggal dunia,” ujarnya. Sementara itu, polis akan meneruskan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Adrif replied at 2-3-2022 02:28 PM
memang ni nasib pedo lepas ditangkap
kalau selamat pun, minum guna straw seumur hidup, lumpuh selur ...
syamzana replied at 2-3-2022 02:40 PM
pedo kebanggaan mesia kononnya bljr univ terkemuka dunia siap gomen bwk balik smbg bljr kat u*m sk ...
Adrif replied at 2-3-2022 02:41 PM
yang mana ya? matematik tu ka?
holothurian replied at 2-3-2022 12:41 PM
nasib kau nyah.. dibunuh sesama banduan.. dorg bernafsu nk bunuh perogol yg rogol kanak2..
syamzana replied at 2-3-2022 02:40 PM
pedo kebanggaan mesia kononnya bljr univ terkemuka dunia siap gomen bwk balik smbg bljr kat u*m sk ...
kelapaparut replied at 2-3-2022 03:10 PM
kalu ikut mopti asri, budak yg muayiz leh buat kputusan sendiri nak convert ka nak kawin kaa xde mas ...
najib888 replied at 2-3-2022 05:03 PM
muayiz tu ape?
kelapaparut replied at 2-3-2022 03:10 PM
kalu ikut mopti asri, budak yg mumaiyiz dan baligh buat kputusan sendiri nak convert ka nak kawin ka ...
kelapaparut replied at 2-3-2022 03:10 PM
kalu ikut mopti asri, budak yg mumaiyiz dan baligh buat kputusan sendiri nak convert ka nak kawin ka ...
lattehazelnut replied at 2-3-2022 03:50 PM
Kat malaysia je aman jadi pedo..
ADVERTISEMENT