CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Kembar, Wanita Disahkan Hamil Anak Kedua Semasa Sedang Hamil Anak Pertama

2-3-2022 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2208| Komen: 17

California – Seorang wanita di Amerika Syarikat  mendedahkan bahawa dia disahkan hamil anak kedua ketika masih mengandungkan anak pertama, lapor akhbar Daily Mail. 


Menurut Odalis Martinez, dia disahkan hamil anak sulungnya  pada November 2020 selepas mengalami keguguran beberapa bulan sebelumnya.

Namun begitu, ketika pemeriksaan kandungan dibuat, doktor mendapati terdapat dua kantung bayi berbeza yang disenyawakan pada yang  minggu sama dengan perbezaan hanya lima hari.


Foto: Daily Mail

Fenomena yang sangat jarang berlaku ini dikenali sebagai superfetasi di mana kehamilan kedua berlaku beberapa hari atau minggu selepas kehamilan pertama.


“Mereka seperti pasangan kembar tetapi sebenarnya bukan. Namun rupa sangat mirip antara satu sama lain.

“Kebiasaannya jika orang bertanya adakah Lilo dan Imelda kembar, saya hanya mengiakan kerana enggan mengelirukan mereka,” jelasnya.

Wanita itu bersalin pada 10 Ogos 2021 dengan Lilo dilahirkan dahulu diikuti dengan Imelda. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 2-3-2022 12:31 PM
Ohhh magissss
Quote hareeeesah 2-3-2022 01:46 PM
Gitewww.. kira kembar la kot dah senyawa same time kan? Cuma 2nd tu lambat besar so nampak yg 1st dulu.
Quote Decaffeinated 2-3-2022 01:50 PM
dari sexual intercourse yang sama atau berbeza?

Quote midori_katana 2-3-2022 01:59 PM
Ada 2 rahim kot
Quote vanillaninja 2-3-2022 02:04 PM
Superfetasi? First time dengar.
Quote Prickford 2-3-2022 02:10 PM
Tak payah nak superfetasi  sangatlah. Amik kata mudah, kembar. Sorang develop 5 hari sebelum, sorang lagi 5 hari selepas. Pastu memang la muka seakan2 walaupun tak nak claim kembar. Dah mak pak nya orang yg sama!
Quote lattehazelnut 2-3-2022 03:46 PM
Fraternal twin la kan lain ovum and lain sperm.. apa yang beza nya?
Quote buapakperut 2-3-2022 03:51 PM
Comelnya anak deyouls. Penah juga ade berita camni few years back
Quote Matyein 2-3-2022 03:56 PM
terbaik...
Quote Mary_jane 2-3-2022 04:07 PM
Comelnya dedua. Debab.
Quote Artemesiaa 2-3-2022 04:29 PM
Rasanya dulu pernah ada kes yang lebih kurang sama dilapurkan
Quote angelofish 2-3-2022 04:54 PM
ovum ada dua ke? selalu seketul je
Quote Levespa 2-3-2022 05:17 PM
superfetation twins .. sangat2 rare tapi ada je berlaku.. sampai beza 3 minggu pun ada..
Quote sukacactus 2-3-2022 09:59 PM
Comelnya the babies
Quote anony-mous 2-3-2022 10:02 PM
hareeeesah replied at 2-3-2022 01:46 PM
Gitewww.. kira kembar la kot dah senyawa same time kan? Cuma 2nd tu lambat besar so nampak yg 1st du ...

The only logical explanation. Sbb doc akn scan and bgtau week ikut size kan?

Kalau x, hebat sperm laki dia tahan 5 hari
Quote Suchi 3-3-2022 01:12 AM
Levespa replied at 2-3-2022 05:17 PM
superfetation twins .. sangat2 rare tapi ada je berlaku.. sampai beza 3 minggu pun ada..

Kiranya hasil dari hubungan yg sama ke atau mak dia dah ngandungkan yg pertama tu pastu bila bersama suami masih lekat lagi ya. Masih ada ovum dikeluarkan?
Quote Levespa 4-3-2022 02:46 PM
Edited by Levespa at 4-3-2022 06:50 AM
Suchi replied at 2-3-2022 05:12 PM
Kiranya hasil dari hubungan yg sama ke atau mak dia dah ngandungkan yg pertama tu pastu bila bersa ...


yg beza beberapa minggu tu mmg dari hubungan berbeza.. sebab lifespan sperm dalam uterus 5 hari je..

mak tengah ngandung masih keluarkan ovum, pastu tersenyawa pulak dengan sperm, dan melekat pulak pada dinding uterus.. sangat2 rare sebab hormon dan environment dalam uterus masa seseorang perempuan mengandung sepatutnya menghalang 3 perkara ni berlaku

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.046157 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top