CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anak Baru Seminggu, Atta Halilintar Sudah Bercakap Jodoh Anak

2-3-2022 11:37 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2310| Komen: 9|Original author: Tatod


Bintang YouTube Indonesia, Atta Halilintar sudah mula membicarakan mengenai pemilihan jodoh Ameena Hanna Nur Atta meskipun anaknya baru saja dilahirkan pada 22 Februari lalu.

Memetik laporan Suara.com, Atta yang mendirikan rumah tangga dengan Aurel Hermansyah yang juga anak kepada penyanyi Kris Dayanti itu sama sekali tidak kisah andai bakal menantunya bukanlah daripada keluarga berada.



Perkara yang paling penting menjadi syarat utama menantunya nanti adalah pegangan agama.

"Saya tidak kisah kalau Ameena hanya dijemput dengan menggunakan motosikal. Saya tidak akan memarahi mana-mana jejaka yang ingin mendekati dia.

"Yang penting, pegangan agama mereka kuat," katanya.



Pendirian Atta itu mendapat pujian ramai yang bersetuju dengan syarat yang ditetapkan .



Netizen menyifatkan kenyataan Atta itu jelas menunjukkan sisi matangnya sebagai bapa. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 2-3-2022 12:08 PM
Sembang , pig can fly ...
Quote missyL 2-3-2022 12:29 PM
Iols bace kt quora id ramai xsuke family hatta nie lol
Quote babelina 2-3-2022 12:44 PM
utube dia kemain byk tontonan ye.. buat duit dari situ jer..
Quote hareeeesah 2-3-2022 01:34 PM
Ish lain betul rupa si aurel tu..
Quote prince_marhaen 2-3-2022 02:16 PM
tak paham ramai suka content merepek meraban keluarga halilintar ni.. kaya raya tapi rumah berantakan macam rumah kongsi.. semua benda buat content, 24jam kelubung dalam rumah sebab masing2 drpa bapak, mak, abang kakak adik sampai ke bongsu semua melekat camera kat tangan nak rakam content & prank...habislah dah tak nampak exclusive keluarga Kris Dayanti bila geng petir gila content ni masuk dalam family sheols.
Quote ayukpingu 2-3-2022 04:13 PM
content pun merapu. ntah apa2 la.
satu family tergedik2 menari...aku tengok pun rimas. pegi holiday pun tak macam holiday. hp melekat di tangan...mcmana la nak enjoy life mcm tu
Quote incess.my 2-3-2022 04:40 PM
Rimas tgk bideo korang. Umah tak berkemas. Sebok anak beranak dgn hape. Prank sana sini. 24jam challenge. Kat mesia pun ada sekor si youtuber menang abph tu. Annoying
Quote awenda507 2-3-2022 04:56 PM
over nau la dua2 ni
Quote Artemesiaa 2-3-2022 05:20 PM
Jenis suka up cerita nak kata apa

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.121593 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top