CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Gamak Mungkir Janji, Lelaki Tetap Nikahi Isteri Walau Muka Cedera Teruk Sebab Kemalangan

2-3-2022 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3475| Komen: 33

Kuala Terengganu: "Saya tidak terfikir untuk tangguhkan, jauh sekali membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang hanya kerana kemalangan itu," kata Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22.


Kisah kakitangan hotel itu tular di media sosial dan menarik perhatian warganet selepas dia berkongsi video TikTok mengenai isterinya, Nur Alifah Mahirah Burkhari, 20, yang cedera di muka selepas terbabit kemalangan, lima hari sebelum mereka diijabkabulkan.

Rata-rata warganet memuji Ahmad Fakhrullah yang setia di sisi Nur Alifah dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga akhir hayat.


Foto: Harian Metro

Menurut Ahmad Fakhrullah, dia sudah berjanji untuk menikahi Nur Alifah pada 22 Februari lalu dan tidak tergamak untuk memungkiri janji berkenaan.

Dia yang menetap di Kampung Gong Kiat di sini berkata, dia berkenalan dengan Nur Alifah sejak tamat persekolahan lagi sebelum mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 30 Oktober 2021.

"Alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu kedua belah keluarga dan sudah tetapkan tarikh pernikahan pada 22 Februari lalu, cuma berlaku insiden tidak diduga lima hari sebelum akad nikah apabila isteri kemalangan ketika membonceng motosikal yang ditunggang adiknya.

"Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu dan mujurlah isteri selamat walaupun cedera teruk, malah dengan izin-Nya, kami berdua disatukan juga pada tarikh dirancang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Fakhrullah bersyukur kerana majlis akad nikah dan perkahwinan dapat disempurnakan walaupun dalam keadaan isterinya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.



"Buat masa ini, saya yang membantu menguruskan isteri kerana dia belum pulih sepenuhnya dan walaupun bekerja, saya dapat lakukannya. Ini memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami.

"Berhubung video di TiKTok itu, saya kongsikan dengan harapan mendapat kata semangat dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami," katanya.

Sementara itu, Nur Alifah terharu kerana suaminya tetap sudi menerimanya dan ada bersama selepas apa yang berlaku.

Katanya, ia bukti keikhlasan dan kesetiaan suaminya sebagai pasangan yang bukan hanya ada ketika senang.

"Kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan menghantar barangan dipesan oleh pelanggan dan saya terjatuh daripada motosikal selepas kain jubah tersangkut pada rantai motosikal.

"Saya tidak ingat sepenuhnya apa yang berlaku namun menurut saksi, saya jatuh kemudian berguling di atas jalan raya.

"Alhamdulillah, saya tidak koma selepas kemalangan cuma cedera pada bahagian muka dengan paling teruk adalah kening, tangan dan badan.

"Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai takdir yang sudah tertulis dan bersyukur kerana Allah panjangkan nyawa saya serta beri kesempatan untuk berkahwin dengan suami walaupun melangsungkan pernikahan ketika belum sembuh sepenuhnya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-3-2022 11:19 AM
Superficial sangat ka dunia ini sehinggakan manusia2 fikior jika berpasangan, pemberatan jatuh pada muka (dan body) saja?
Quote dua_chzy 2-3-2022 11:20 AM
Kenapa la kau pakai jubah nak moto nak...Lain kali pakai saja la seluar, jangan berkain2 ini bila guna moto. Bahaya.
Quote seri_mawr 2-3-2022 11:21 AM
semga kekal ke akhir hayat.....

Quote Suchi 2-3-2022 11:29 AM
Muda2 lagi belaka umur 22. Kawen 22.02.2022 adakah menikoh pada jam 22.22pm aka 10.22 malam?
Quote babelina 2-3-2022 11:44 AM
klau pn pkai jubah.. ko pakai la suar pnjg dlm nye.. masa naik moto tu ko angkat lebihan kain jubah tu elok2.. aku mmg takut btl bab2 terbelit kt rantai moto nie..
Quote krustykrab 2-3-2022 11:50 AM
dua_chzy replied at 2-3-2022 11:20 AM
Kenapa la kau pakai jubah nak moto nak...Lain kali pakai saja la seluar, jangan berkain2 ini bila gu ...

Tu lah...iol baca citer gini ngeri pulak nk pakai suar yg jenis besar kt bawah tu...
Lps ni  kna pakai suar biasa balik la..
Teringat ada forumer yg suruh pompuan naik moto duduk pesen gadis ayu, supaya sopan tak terkangkang katanya...
Quote becir 2-3-2022 11:52 AM
Takleh tunggu sembuh baru nikah ke? Takut jantan tu lari ke apa
Quote anony-mous 2-3-2022 11:52 AM
Suchi replied at 2-3-2022 11:29 AM
Muda2 lagi belaka umur 22. Kawen 22.02.2022 adakah menikoh pada jam 22.22pm aka 10.22 malam?

I rasa nikoh siang 2.22pm. 22.22pm tu nikoh secara batin pulak
Quote krustykrab 2-3-2022 11:52 AM
babelina replied at 2-3-2022 11:44 AM
klau pn pkai jubah.. ko pakai la suar pnjg dlm nye.. masa naik moto tu ko angkat lebihan kain jubah  ...

Berlapis2 kena pakai, dah la cuaca panas...
Quote babelina 2-3-2022 12:08 PM
krustykrab replied at 2-3-2022 11:52 AM
Berlapis2 kena pakai, dah la cuaca panas...

tp tu la.. nk ckp pn salah.. x ckp pn salah..
mmg muslimah dorg akn pakai mcm nie..
kt area building aku nie.. siap meleret kain..
Quote dua_chzy 2-3-2022 12:22 PM
krustykrab replied at 2-3-2022 03:50 AM
Tu lah...iol baca citer gini ngeri pulak nk pakai suar yg jenis besar kt bawah tu...
Lps ni  ...

Setazah sekolah aiol bawak moto jugak (rock khuenst) tapi sheol pakai suar panjang di sebalik baju kurung. Dan sheol bawa jarak pendek dalam 20 meter ja so takda la chance kain menyangkut pi rantai moto.
Quote syamzana 2-3-2022 12:22 PM
krustykrab replied at 2-3-2022 11:50 AM
Tu lah...iol baca citer gini ngeri pulak nk pakai suar yg jenis besar kt bawah tu...
Lps ni  ...

duduk laguni bkn lg bhy ke?mcm berat sebelah jadinya kalau terpeleot moto tu betul2 humban pembonceng dulu apapun kalau excident moto mmg habis la bergeser badan dgn jalan dah xde dinding kiri kanan
Quote zamnie 2-3-2022 12:25 PM
Alhamdulillah moga kekal ke jannah.. hrp2 la dpt sembuh spenuhnya
Quote kelapaparut 2-3-2022 12:34 PM
ciri ustat idaman wanita malaya, dgn pakaian jubahnye, kulit putih bersih spt beriman gitu, ala2 bakal imamku belake..
Quote slyfynx 2-3-2022 12:41 PM
Sebut je la tunang.
Nape nk suh doakan fiancé lak.
Adui la
Quote whimsicalmusic 2-3-2022 12:48 PM
Tak gamak mungkir janji? Wth dgn tajuk ni
Quote underground 2-3-2022 12:53 PM
baru 5 hari kemalangan memang la masih ada lebam bengkak semua..

lepas beberapa minggu normal la balik.

melainkan melecur teruk muka.. Nauzibillah
Quote Adrif 2-3-2022 02:24 PM
ramai orang kecam, aku nak kecam jugak lah

tapi takpelah, macam malas pulak

nah aku tinggalkan kek kat sini, jemput makan sambil korang kecam



Quote vanillaninja 2-3-2022 02:27 PM
Muda2 dah kahwin. Tahniah la dik.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071691 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top