CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasil Forensik: Polis Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Salah Seorang Penumpang Bot

2-3-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2649| Komen: 1

Susulan kematian Nida Tangmo Patcharaveerapong, pihak polis menemui luka besar pada bahagian paha kanan dan kesan calar di kaki kiri mendiang aktres itu.

Bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kecederaan yang dialami berpunca daripada kipas bot.

Selain itu, Kol Pol turut mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.


Foto: Bangkok Post

Dalam masa sama, polis turut menemui kesan calar di lengan dan lebam di bahagian bahu salah seorang individu dalam bot yang sama.


Namun calar tersebut bukan daripada cakaran kuku, manakala lebam disebabkan hentakan objek keras.

Kedua-dua kesan itu bukan daripada pergaduhan dan disahkan lebih dari lima hingga tujuh hari.

Selain itu, pihak polis juga akan mengambil masa beberapa hari bagi mengesan jika terdapat kesan air kencing di belakang bot dan pakaian mendiang.

Sementara itu pihak polis tidak dapat menjalankan siasatan ke atas lima individu yang terkait tanpa persetujuan.

Kesemua lima individu disebut sebagai saksi dan bukan tertuduh.

Mayat Tangmo, 37, ditemui pada Sabtu selepas tiga hari dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya. -CARI

Sumber: mStar Online/Bangkok Post

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 2-3-2022 12:16 PM
Dalam masa sama, polis turut menemui kesan calar di lengan dan lebam di bahagian bahu salah seorang individu dalam bot yang sama.

Namun calar tersebut bukan daripada cakaran kuku, manakala lebam disebabkan hentakan objek keras.

Kedua-dua kesan itu bukan daripada pergaduhan dan disahkan lebih dari lima hingga tujuh hari.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.044201 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top