Seorang wanita dikatakan tidak layak menjadi ibu kerana memiliki kening terbesar di Britain. Difahamkan, Sammie-Jo Hailford mempunyai kening besar selepas dia melukisnya selama hampir setahun.
Menurut wanita dari Grimsby itu, orang ramai yang menemuinya sering mengatakan dia tidak sepatutnya menjadi ibu selain mahu melaporkan perkara itu ke bahagian perkhidmatan sosial. "Mereka boleh menghubungi perkhidmatan sosial kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.
"Tetapi kening saya tidak menentukan sama ada saya seorang ibu yang baik atau tidak," ujarnya. Menjelaskan kenapa dia membesarkan kening, Sammie-Jo berkata, ia dilakukan kerana dia tidak menyukai trend kecantikan masa ini. "Kebanyakannya bermula dari saiz kening yang biasa dan ia semakin besar dari masa ke masa. Saya pula hanya sukakan penampilan yang berbeza," ceritanya. Sammie-Jo baru-baru ini menyertai TikTok dan dia memperoleh lebih daripada 75,000 pengikut dalam masa empat minggu sahaja. -CARI Sumber: mStar/ Daily star
|
H0rr0rfan replied at 3-3-2022 12:08 AM
Kalau kat UK, diorang ni kena panggil chavs. Pakai tracksuit, melepak depan Primark dengan stroller ...
ADVERTISEMENT