CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyesal Jadi Isteri Kedua, Dilayan Macam Bibik Tapi Di Bilik Tidur Suami Paksa Sekatil Dengan Madu

2-3-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5905| Komen: 48

Tanyalah mana-mana wanita, kebanyakan daripada mereka pasti benci dengan perkataan 'madu'.

Mungkin terdapat sesetengah kes kehidupan wanita bermadu atau berpoligami indah sebagai sebuah keluarga yang besar, namun tidak bagi wanita ini.


Perkahwinannya dengan lelaki pilihan hanya manis pada peringkat permulaan, namun akhirnya membibitkan penderitaan.

Kisah wanita yang hanya dikenali sebagai Maya ini dikongsikan oleh seorang aktivis kebajikan, Natipah Abu, selepas wanita itu sendiri mengadu masalah mengenai perkahwinannya dan meminta bantuan.


Gambar Hiasan


"Maya bukan sehari dua Kakpah kenal. Sudah lebih 10 tahun... walaupun tinggal jauh namun sesekali Maya akan datang bertemu Kakpah.

"Sahabat yang juga ibarat seorang adik buat Kakpah ini dibesarkan di rumah anak yatim. Tiada abang, tiada kakak... Maya sebatang kara setelah neneknya meninggal dunia.

"Maya mengadu tak tahan hidup dengan Amir, suaminya. Dan dia dihalau oleh lelaki itu. Terkejut Kakpah mendengar ayat itu. Sedangkan kerap kali gambar-gambar Maya yang dikongsi di media sosial mempertontonkan kebahagiaannya dengan Amir.

"Itu semua Amir yang tulis, kak. Amir yang letak gambar-gambar tu. Dia nak tunjuk kat orang saja. Benarlah kata-kata yang sering Kakpah dengar. Media sosial ini, dunia tipu-tipu bagi sesetengah orang," kata Natipah yang senang membahasakan dirinya sebagai Kakpah.

Menurut Natipah, Maya mendirikan rumah tangga dengan Amir yang juga berstatus suami orang lebih setahun yang lalu.

Malah ketika Maya menyampaikan berita mengenai hasratnya mahu mendirikan rumah tangga dengan lelaki tersebut sebagai isteri kedua, Natipah berkata dia agak keberatan namun wanita tersebut meyakinkannya dan menegaskan perkahwinan tersebut direstui isteri pertama.

"Sekali lagi Maya membuat keputusan drastik, berpindah dan tinggal sebumbung dengan madu. Sejak itu, dia jarang menelefon Kakpah, bertemu pula boleh dibilang dengan jari berapa kali.

"Wanita yang dulunya seorang yang berkarisma itu meninggalkan kerjaya yang sangat diminatinya demi ketaatannya kepada seorang suami.

"Maya bukan saja sebumbung dengan madu malah dipaksa sekatil dengan madunya. Tidak terjangkau dek akal maka bertalu-talu soalan Kakpah lontarkan tentang bagaimana semua itu berlaku," kongsi Natipah yang sudah lebih 10 tahun aktif sebagai aktivis kebajikan dan kemasyarakatan.

Bukan sahaja diperlakukan sewenang-wenangnya di kamar tidur, Maya juga dilayan umpama seorang pembantu rumah di kediaman yang dihuninya bersama suami dan madunya itu.

Dek kerana tidak tahan, Natipah berkata Maya akhirnya menghubunginya untuk mencurahkan rahsia yang dipendam dan meminta bantuan untuk keluar daripada masalah yang membelenggunya.

"Otak Kak Pah pula ligat berfikir tentang apa yang harus dilakukan. Menyokong Maya bermakna kemungkinan akan meruntuhkan sebuah masjid. Bukan suatu hal yang mudah.

"Jadi Kakpah minta Maya rujuk dengan peguam yang arif terlebih dahulu untuk guide dia. Buat masa ini, Maya dah pun berhubung dengan dengan peguamnya," kata Natipah lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 2-3-2022 11:29 AM
Kesian Frieska
Quote Suchi 2-3-2022 11:37 AM
Hahah laki bini ada fetish aneh suka 3some alang2 amik yg 2 in 1 malam hari bleh layan fantasi depa siang hari jd babu.

Quote Friska 2-3-2022 11:41 AM
Cerita hoaks ini, sekedar caper (cari perhatian)
Quote krustykrab 2-3-2022 11:41 AM
Suchi replied at 2-3-2022 11:37 AM
Hahah laki bini ada fetish aneh suka 3some alang2 amik yg 2 in 1 malam hari bleh layan fantasi depa  ...

Bayar sekali je lps tu boleh suruh buat mcm2..
Mmg laki bini ni.minat 3some kot, nk upah org tak mampu, haram senggama tanpa nikah..maka guna agama utk halalkan
Quote syamzana 2-3-2022 11:42 AM
contoh wanita bodoh. ke hasanah ni?
Quote babelina 2-3-2022 11:49 AM
nauzubillah.. hebat laki bini nie.. perlakukn org sedemikian rupa..
Quote becir 2-3-2022 11:53 AM
Hasanah betul, cam ceta bermadu si troll friska..
Quote imransulaiman 2-3-2022 01:01 PM
Friska: Cerita hoaks ini, sekedar cape ...

Friska, kenapa Indonesia suka gabungkan perkataan?
Nasgor
Curhat
Tabulampot
Bucin
Baper
Gercep
Quote Decaffeinated 2-3-2022 01:47 PM
imransulaiman replied at 2-3-2022 01:01 PM
Friska, kenapa Indonesia suka gabungkan perkataan?
Nasgor
Curhat

aku tolong jawab boleh?

sebab dorang nak ada bahasa besar dan lari dari bahasa melayu

sekarang pun kita dah tak faham kalau baca bahasa indon. Tunggu lah lagi sepuluh tahun.


Quote Decaffeinated 2-3-2022 01:52 PM
'diperlakukan sewenang-wenangnya di kamar tidur'

maksudnya apa?

Quote Dwdrum 2-3-2022 02:02 PM
Wanita apabila sudah dapat career yang dia mahu... Susah mahu tinggal untuk jadi babu suami apa lagi jadi babu madu... 3 some lagi awal lagi sudah angkat kaki.... If cerita betul memang susah mahu kasihan... Banyak drama
Quote selipar_hijau 2-3-2022 02:04 PM
Decaffeinated replied at 2-3-2022 01:52 PM
'diperlakukan sewenang-wenangnya di kamar tidur'

maksudnya apa?

paksa 3some le tu gamaknya + kena beraksi fetish seperti porn vid.
kalau setakat kena tido atas lantai tiap2 malam pastu dengar @ tengok madu main ngn laki tu kira "diperlakukan sewenang²nya di kamar tidur" tak?


Quote myakayina 2-3-2022 04:14 PM
sah2 settingan je citer ni...
Quote kuihbakar 2-3-2022 04:42 PM
dulu, sebelah rumah saya ni ada orang Indonesia sewa. dia meniaga... jadi isteri nombor 2. kadang3 suami dia datang bawa isteri pertama . tido sekatil. mak saya tegur dia mana boleh tidur sekatil... masa tu saya sekolah menengah, tak faham sangat mak tegur tu sebab apa
Quote green~tea 2-3-2022 04:45 PM
bodo nye kena 3some ngn madu.. babi punya jants...

eh dulu ada leak kisah setad 3some kan
Quote angelofish 2-3-2022 05:03 PM
maya tu indon ke? berkejaya sebagai pelacur
Quote tikusmontok 2-3-2022 05:29 PM
Maya ke friska?
Quote .HannahMontana. 2-3-2022 05:52 PM
lelaki yg kahwin ramai ni baik sangat ke ? kaya sangat ke ??

atau bila ada masalah dia tolak ke isteri untuk selesaikan ???

perempuan bodo mana yg kebulur sangat nak berlaki ?


aku xboleh lupa ctcaras rampas tok miang yg dah bau tanah kubur tu

xgeli ke tidur sekatil seromen dengan si tua kutuk bau tanah kubur tu???

tok miang tu ibarat anjing yg jatuh longkang ibunya kena gilis lori  tetiba terjumpa  perempuan kasihan nak bantu...di berikan bantuan , di majukan hiudp , di berikan cinta , diberi anak 4 ekor,,,,cissssssssssss tibah tibah  menggigit org yg bantu dia

boleh jadi xkaya sampai mati tetapi jangan jadi mcm anjing yg gigit org yg bantu ko.

Quote imransulaiman 2-3-2022 07:22 PM
Decaffeinated replied at 2-3-2022 01:47 PM
aku tolong jawab boleh?

sebab dorang nak ada bahasa besar dan lari dari bahasa melayu

Aku langsung tak faham short form yang dorang guna tu..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069083 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top