"Kalau kamu tengok satu benda menakjubkan kamu; harta kamu, anak beranak kamu, keluarga kamu... apa yang menakjubkan; kalau tak sebut kelebihan pada Allah SWT sebab siapa yang jadikan kelebihan pada kita; Allah SWT.
"Jadi, kita risau kalau ada berapa ramai tengok dan kalau-kalau ada yang terlepas tak sebut SubhanAllah," katanya.
Memetik laporan Gempak, Haris turut berkongsi pengalamannya bergelar bapa memaklumkan mereka hidup secara sederhana sahaja.
Haris turut berkongsi Neelofa tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang menjalani tempoh berpantang namun sebagai suami dia ingin membantu melakukan yang terbaik untuk anak dan isterinya. - CARI