CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Membazir Duit Tiket, Tajul Bengang Terlepas Flight Gara-Gara Masalah Check-In

2-3-2022 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3193| Komen: 21

Gara-gara mengalami masalah ketika daftar masuk, penyanyi Tajul Ariff dan isteri Nurul Shamieza Eddie terlepas penerbangan ke Langkawi pada Selasa.

Tajul atau nama sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari, 24, meluahkan rasa kecewa dengan sistem ‘check in’ sebuah syarikat penerbangan sehingga menyebabkan mereka terpaksa membeli tiket baharu.

Foto: IG


“Rasa geramlah juga kerana saya sudah datang awal. Apabila mahu check in di kaunter tidak boleh dan mereka minta lakukan secara online.

“Kemudian ada masalah dengan sistem pula dan saya tidak sempat menaiki pesawat.


“Maka terpaksa kami beli tiket penerbangan baharu. Disebabkan itu juga kami lewat untuk mengikuti jadual penggambaran,” kata Tajul ketika dihubungi mStar.


Foto: via mStar

Tajul memberitahu dia dan isterinya menempah tiket penerbanngan ke Langkawi lebih awal, namun tidak sangka perkara sebegitu terjadi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu ini turut meluahkan rasa lega apabila tidak perlu membotakkan kepala selepas video muzik Resah Kerinduan tidak memperoleh sejuta tontonan dalam tempoh sehari.

Sebelum ini, Tajul menerusi Instagram berjanji akan membotakkan kepala sekirannya MV berkenaan mencapai sasaran yang ditetapkan.



“Cabaran tersebut kami buka hanya sehari sahaja. Rasa lega juga tidak perlu botakkan kepala.

“Bagaimanapun jika sampai tontontan satu juta pasti saya akan lakukan kerana sudah berjanji. Tak tahulah macam mana rupa saya kalau botak,” ujarnya.


Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spin itu mendapat lebih 800 000 tontonan sejak dilancarkan pada 22 Februari.

Selain Resah Kerinduan, Tajul dan Afieq turut menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin.



“Syukur nyanyian cover kami untuk dua lagu itu mendapat sambutan.

“Jika ada permintaan peminat mungkin kami akan buat lagi selepas ini. Tak semestinya lagu Spin sahaja. Semua bergantung kepada permintaan dan pihak pengurusan,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 2-3-2022 10:40 AM
sendiri yang *odoh nak salahkan pihak lain..
sedia maklum kot la ni semua self check in..
dah kenapa tak check in awal-awal dari rumah..
Quote KamikuP 2-3-2022 10:46 AM
Dia je betol semua org salah spesis mcm ni mohon jgn membiak
Quote wanokakaka 2-3-2022 10:52 AM
sendiri yg tak berapa cerdik nk marah kecewa apa......
tula masa skolah mls2. 1st time naik flight ke apa. sejak azali lg blh self checkin taw.. tak pun tu pergi la kiosk kat airport tu.. yola tu dtg awal....
Quote enot_sibudak 2-3-2022 10:56 AM
bini hg kan 24 jam dok online bisnes..xkn info apa2 check in online xsmpai kot...aduh..sndiri salah xpayah salahkan org..lain la hg tu buta IT xtau apa2
Quote She-Ra 2-3-2022 10:56 AM
self checkin sajokkkk
haiyoooooo.. sampai epot dh boleh aman2
kalau ada beg, pegi drop dulu.. dtg la awal
gate bukak je, terus masuk lepak dlm
Quote SedihPedih 2-3-2022 10:56 AM
kadang2 x dpt nk self check in. kalau mcm tu mmg kena awal pergi utk uruskan..jgn terlalu yakin ya
Quote jijioaynna 2-3-2022 10:57 AM
Self check in bkn ke leh wat 14hari before flight meh?..dtg airport just gi kiosk print boarding pass aja...hmm...salah sdr la..
Quote miszclassique 2-3-2022 11:02 AM
jijioaynna replied at 2-3-2022 10:57 AM
Self check in bkn ke leh wat 14hari before flight meh?..dtg airport just gi kiosk print boarding pas ...

Tapi kalau naik everyone can fly seeloknya tunggu 1 hari sebelum tarikh barulah check in sebab kadang sukati mak nenek dia je reschedule flight
Quote missHaidiD 2-3-2022 11:26 AM
Aku meluat dgn dia ni sb dia pernah cakap netizen malaysia ni semuanya bodoh. Tp entah knp tak viral pulak. Netizen whoareyourskn je dia ni.

Dasar jntan bantut!
Quote dejure 2-3-2022 11:31 AM
miszclassique replied at 2-3-2022 11:02 AM
Tapi kalau naik everyone can fly seeloknya tunggu 1 hari sebelum tarikh barulah check in sebab kad ...

Reschedule pon akan inform awal.i hari tu pergi lgkawi reschedule juga.ok aje xde masalah pon.
Quote nuralisa 2-3-2022 12:16 PM
laaa... bodoh jugak ek.. padahal checkin online tu la senang ...  
Quote Mary_jane 2-3-2022 12:31 PM
Sendiri salah, sendiri meroyan. Padahal boleh self check-in kat phone, kat kiosk. Beratus ribu ke tiketnya? Job macam lebats jer.
Quote slyfynx 2-3-2022 12:39 PM
Aku yang x pernah naik kapal terbang pun tau yang skrg mmg tersangat2 digalakkan check in online.
Siap AA cas RM100 lg kalau over the counter
Quote hungryhenry 2-3-2022 12:41 PM
Nak tanya, kalau ke langkawi naik AA, kena beli covid insurance ke?

Sepanjang pandemic ni ai cuma naik MAS je very the smooth. MAS tak check pun status my SJ
Ni first time naik AA musim pandemic
Quote kechikchomel 2-3-2022 12:44 PM
sorry nak tanya sikit. iolss tak pernah kena flight reschedule ni.
kalau kita dah cek in online, pastu reschedule, kena check in balik ke? ke macam mana?
Quote dudaberhias 2-3-2022 12:49 PM
tak pernah jadi dekat iols.. soo tak tahu apa kes tak dapat check in dengan sistem down tu...

tapi comel la anak dia... chinese2 look gitteww...
Quote lasagna 2-3-2022 01:06 PM
macam tak pernah naik flight jer gayanya..
Quote dejure 2-3-2022 01:41 PM
kechikchomel replied at 2-3-2022 12:44 PM
sorry nak tanya sikit. iolss tak pernah kena flight reschedule ni.
kalau kita dah cek in online,  ...

Kena check in balik..tp selalu airline akan inform awal.jd kena rajin check email atau sms.
Quote akuMNdia 2-3-2022 01:54 PM
ni la masalahnyer bila sendiri pilih utk jadi bodoh..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.265142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top