CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terperangkap Di Pulau Bersama Kekasih, Nafiez Zaidi Dah Jangka Tuduhan Netizen

2-3-2022 09:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2925| Komen: 15|Original author: tatod


Pelakon Nafiez Zaidi yang terperangkap di Pulau Perhentian Besar, Terengganu bersama kekasihnya, Fify Azmi gara-gara cuaca buruk dengan hujan lebat serta angin kuat dan laut bergelora menyebabkan timbulnya desas-desus pasangan terbabit melakukan perkara tidak senonoh ketika berada di pusat peranginan berkenaan.

Netizen menuduh Nafiez dan Fify tidur sebilik dan melakukan perbuatan tidak elok sepanjang kunjungan mereka di sana.

Memetik laporan Harian Metro, Nafiez bagaimanapun sudah menjangkakan perkongsian mereka mengenai situasi semasa ketika terperangkap di pulau itu akan mencetuskan pelbagai andaian seterusnya kecaman terhadap mereka.




"Disebabkan kami pasangan kekasih, ia menguatkan lagi dakwaan segelintir netizen. Namun, kami ke sana atas urusan kerja dan bukannya sekadar suka-suka untuk bercuti.

"Ya, perkongsian kami di media sosial mengundang fitnah namun kami hanya ingin kongsikan keadaan sebenar yang berlaku ketika berada di sana," katanya.

Nafiez menjelaskan, atas jemputan pusat penginapan, mereka pergi ke sana pada 24 Februari lalu untuk melakukan kerja-kerja ulasan di situ.

Kata pelakon itu lagi, netizen tidak nampak apa yang berlaku di sana dan mereka boleh membuat tuduhan sesuka hati.



Nafiez menegaskan, mereka masih menjaga kelakuan dan batasan sebagai umat Islam.

"Ini bukan di luar negara. Semua pekerja di resort itu adalah orang Islam. Tidak mungkinlah kami pergi duduk berdua-duaan. Kami datang dalam bot dengan keluarga Melayu dan mereka pun kenal kami.

'Biarlah netizen mahu cakap apa pun. Yang penting kami tahu hal sebenar. Keluarga juga tahu kami ada di sana," katanya.



Nafiez bersyukur kerana berjaya keluar dari pulau berkenaan pada jam10 pagi kelmarin. Dia bergegas ke Lumut, Perak untuk menjalani penggambaran Air Mata Di Bumi Matador. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 2-3-2022 09:55 AM
tuduhan netizen apo ko pun retis sendu mane ntah orang tak kenal
Quote kucingitam 2-3-2022 10:57 AM
dua2 tak kenal....
Quote aemon 2-3-2022 11:06 AM
pelakon rtm kah lelaki ni.haritu nampak dia berlakon kt tv2
Quote akuHavocczz 2-3-2022 11:20 AM
musim artis tunjuk aib atau bods sendiri di medsos pastu kena kecam, lepas tu counter salah kan netizen balik. choy!
Quote seri_mawr 2-3-2022 11:25 AM
dah nya....pi share kat medsos kenapa...udah la jabatan nitizen fikir bukan2...

memang sengaja kadang2 sesetgh artis ni share benda2 gini...
ala ala si jana dgn bf kat oversea dulu la ni...
Quote Prickford 2-3-2022 11:30 AM
Itulah pentingnya sesebuah ikatan perkahwinan. Ni kalau mengusung anak orang ke sana sini bawak pi holiday, tak ke mengundang? Sama la macam kau masuk club joget2, pastu member minta pegang tin Carlsberg dia padahal kau tak minum pon, tetap boleh mengundang fitnah. Tak abis sekolah ke heolls ni??
Quote anony-mous 2-3-2022 11:33 AM
Pdhal org xtau pon tp sendiri pegi upload habis 1 malaysia tau.
Quote prince_marhaen 2-3-2022 11:44 AM
dah upload video simpati menonggeng ke pulau pun tetappp sendhuuuuu........hahaha..
Quote jijilaaa 2-3-2022 12:02 PM
artis kot..what do u expect..
Quote Kurex 2-3-2022 12:25 PM
Woi retis, who are yus??!!!!!
Quote heythere123 2-3-2022 12:29 PM
fefeeling macam dalam novel ke bang
Quote bahagiaselalu 2-3-2022 12:33 PM
aku bukan nk mendoakan, tapi aku tak rasa fify ni bertahan lama dengan zaidi ni... sebab nampak mcm tak serasi.. tapi kalau dh betul2 serious and betul2 dah pasang niat nk kahwin, alhamdulillah
Quote dudaberhias 2-3-2022 12:37 PM
ya ampunnnn dedua tak kenal soo sape yang nak tuduhnya... perasan jah... entah2 memang buat benda tak tentu kat sana tu yang gigih bagitau nak kaverina semua...

kalau ko tak bagitau ko terperangkap... hakak pun taktau dikkk... masalahnya nama kau pun tak pernah di dengar atau di dendang
Quote CocoCily 2-3-2022 12:44 PM
"Ini bukan di luar negara. Semua pekerja di resort itu adalah orang Islam."

ok, dik. faham
Quote enot_sibudak 2-3-2022 12:47 PM
bahagiaselalu replied at 2-3-2022 12:33 PM
aku bukan nk mendoakan, tapi aku tak rasa fify ni bertahan lama dengan zaidi ni... sebab nampak mcm  ...

iols ingt muda lg..ada dia ckp dh xdk perancangan nk kawen dalam masa terdekat..skali tgk umur 31..hai hg dh tua dh..tunggu apa la lg...srupa si shiha la

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.124767 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top