Bukan hanya kehidupan harian lebih teratur, rezeki yang datang juga semakin melimpah ruah.
Apa yang lebih melegakan adalah kehadiran isterinya yang selalu membantunya mengatasi serangan 'anxiety'.
"Melihat dari sisi kerjaya, rezeki datang bertimbun-timbun. Pendapatan juga semakin bertambah. Saya gembira kerana ada orang yang membantu menguruskan jadual serta hal lain kerana saya ini jenis pelupa.
"Bukan itu saja, dia jugalah yang akan bantu setiap kali saya berdepan serangan 'anxiety'. Dia nasihatkan supaya saya mengawal pernafasan, pandang mukanya dan beritahu semuanya akan baik-baik saja. Pujukannya sentiasa berkesan untuk menenangkan saya.