CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingat Tak Malu Ke S*al," Budak TikTok Dikecam Teruk Sebab Malu Jalan-Jalan Dengan Ibu Bapa

1-3-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6133| Komen: 75

Bertuahnya jika kita masih mempunyai ibu dan ayah kerana ada mereka diluar sana kehilangan ibu bapa di usia muda serta tidak sempat merasa kasih sayang mereka.


Baru-baru ini tular perkongsian oleh seorang pengguna Twitter @hourlymalaytwt yang memuat naik semula luahan seorang budak TikTok yang malu berjalan dengan ibu bapanya.

Gambar Hiasan, Foto: Berita Harian

 
Lebih menyedihkan, budak itu turut meluahkan rasa benci dengan ibu bapanya kerana tidak dapat berjalan dengan kawan-kawan seperti budak lain seusianya.

Tidak hanya setakat itu, dia juga mahukan keluarga baru kerana tidak sukakan ibu bapanya.





Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam luahan tersebut. Kata netizen seronok keluar dengan ibu bapa kerana dapat makan dan shopping.



Malah, ada netizen mengkritik budak tersebut seolah tiada adab dan tidak tahu bagaimana rasanya tiada ibu bapa. Kata netizen lagi, andai ditakdirkan ibu bapanya tiada suatu hari nanti pasti dia akan menyesal mengatakan sedemikian. -CARI

Sumber: Gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 1-3-2022 04:47 PM
jauhilah anak ku dari segala bebal bodoh budak2 zaman skrg yg lembik dan tak independent langsung ni.
Quote cikatilia 1-3-2022 04:54 PM
bebal nya sedunia nampak
Quote prettyuglybabe 1-3-2022 04:56 PM
biasa budak-budak macam ni, depan kawan je berkepak depan mak bapak menikus..
duit pun harap mak bapak hulur lagi banyak cakap..
Quote anony-mous 1-3-2022 04:58 PM
Sbb tu kalau ada parent bunuh ank jgn terus marah. Mgkin firasat dia ank tu bakalan x guna mcm ni geramnya aku baca tu rasa nk petik jari harap dia xpernah lahir
Quote Artemesiaa 1-3-2022 04:59 PM
Mungkin juga hubungan dengan family dari mula pun tak rapat akibat mak pak sibuk dengan urusan sendiri sampai lupa beri tumpuan pada yang dah diamanahkan.  Kalau hubungan tu rapat jarang anak nak cakap macam ni.
Quote cheezel 1-3-2022 05:00 PM
Sialnya budak ni. Ni la jd bila budak pegang telefon. Mak bapak kau la punca kau hidup smp sekarang
Quote LoveSungmin 1-3-2022 05:02 PM
bbnu yang bodoh tak bertepian..
Quote nikaido 1-3-2022 05:10 PM
Yg duk sibuk tengok video bbnu dkt tik tok pun bodoh juga
Quote Nnasda53 1-3-2022 05:11 PM
Untuk seronok2 mmg ramai je kawan2 kau dik.
Bawa la sedar diri,kau tu masih mak pak yang tanggung.
Quote imanjannah 1-3-2022 05:29 PM
mcm2 benda buruk dinormalkan di dunia ni, hadap je la perangai begini, nak kisah apa, perangai yg tua pun buruk, malah lagi teruk..
Quote dani-rox 1-3-2022 06:34 PM
kalau tahu luahan perasaan remaja pun jd isu semasa...
era 90an dulu akak call jah bilik berita RTM atau tv3 bg tahu hal tak puas hati dgn parents, boipren tak guna, bff dah takmo kawan dgn titeww sobsobsob
Quote uori 1-3-2022 06:39 PM
kita dulu pun bodoh, tapi tak nampak sangat sebab takde media sosial
Quote sukacactus 1-3-2022 06:40 PM
Ooo ada ye budak camni...sedih betul hidup dia
Ank2 aku suka je jln dgn kami mak bapak, mkn sedap2 tu dah tentu
Quote umie 1-3-2022 07:30 PM
Nak jenjalan dgn kwn2 tu pakai duit sapa baghal?
Quote biskutraya 1-3-2022 08:45 PM
Harap mak bapak die terbace ape yg die post lepas tu htr die dok kt bustop
Quote chilly 1-3-2022 08:47 PM
Nak new family? Perangai macam shytorn ingat ada family nak hambek ke? Berangan. Spende pon mak beli pastu kau pakai kau campak kat lantai mak kau yang kutip masuk washing machine pastu siap sidai dah kering dia lipat letak elok2 kat lemari kau, ada hati malu dengan parents! Kau dulu elok keluar jadi tahi jer tau.
Quote pooh~key 1-3-2022 08:48 PM
uori replied at 1-3-2022 06:39 PM
kita dulu pun bodoh, tapi tak nampak sangat sebab takde media sosial

Kohkohkohkoh dekkkk…. Ni akak setuju sis.
Quote misssakura 1-3-2022 09:09 PM
budak2 remaja mmg suke utamakan kawan. esok2.. kawan semua dah ada hala tuju, dah ada komitmen sendiri baru ingt mak bapak masa tu.
Quote Decaffeinated 1-3-2022 09:21 PM
tak payah sentap lah acik2

aku faham ja jiwa remaja ni kalau all the time dia kena treat macam dia masih pakai diapers

he needs his space


Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 1.137620 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top