CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hidup Serba-serbi Disara Keluarga, Tapi Kenapa Abai Ibu Bapa & Plan Kahwin Di Siam?

1-3-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3856| Komen: 36

Mengambil keputusan menamatkan zaman bujang di usia muda bagai sudah menjadi trend di kalangan anak muda hari ini meskipun masih bergelar pelajar atau belum mempunyai pekerjaan stabil.


Terbaru, tular di Twitter apabila akaun TwtWedding memuat naik tangkap layar pertanyaan daripada seorang individu yang ingin menamatkan zaman bujang dengan cara bernikah di Thailand.


Gambar hiasan

Difahamkan, individu tersebut masih bergelar pelajar dan masih ditanggung keluarga mereka.

Persoalan itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang membincangkan keperluan berkahwin awal dan juga kepentingan wali dalam sesebuah pernikahan.




Kata netizen, hukum wali dalam soal nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia akan memberi kesan dalam jangka masa panjang.

Malah, tindakan individu itu seolah-olah membelakangi ibu bapa dalam keputusan untuk bernikah.



Kecewa, hancur hati ibu bapa jika tahu niat anak-anak sebegini.


Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 1-3-2022 04:24 PM
hat yg mcm ni la nanti setahun dua kawen dah berantakan.. niat nak kawen sbb nk bersenggama jer..lps dah puas dua2 dah bosan mula lah timbul konflik. kononnya x puas menikmati zaman single muda2 dulu.. last2 yg jd mangsa anak2
Quote naina 1-3-2022 04:27 PM
Zaman muda cmnilah memang indah2 je ingat kawen tu best sangat macam dalam drama. Ini niat nak halalkan hubungan je. Dia tak tau dalam nak halalkan hubungan ada datang seribu juta masalah lain yang mengekor.
Quote pearl.silver 1-3-2022 04:30 PM
Nk nikah kt siam tanpa wali tu, nnt nk daftar kt mlysia sah ke? Buatnye terberanak dulu laki masih tingtong xnk daftar nikah. Baru ko rasa ank lahir xda surat beranak atau daftar xsah taraf.
Bbnu mmg xsuka kn fikir jauh sikit kedepan. Diorg fikir nk seronok masa tu je.
Sama mcm snk jiran i ni
Mak smpi sakit jantung tau2 ank preggy ank bangla pastu nikah pun diragui sbb sorok2 takut nk bgtau family.
Quote LoveSungmin 1-3-2022 04:40 PM
i yang dah tanggung diri sendiri pun fikir banyak kali nak nikah kat siam.. budak² sekarang ni fikir nak senang je.. habiskan la study tu dulu baru sibuk nak kahwin..
Quote .HannahMontana. 1-3-2022 04:41 PM
Bagi aku biar keluarga kita tahu dengan siapa kita berkahwin  , biar kalau jadi apa-apa keluarga kita boleh angkat parang serang keluarga pasangan kita.

Bagi Diknah kalau perkara boleh bawa gaduh buat apa buang masa berbincang .
Quote akusukaq 1-3-2022 04:50 PM
Jangan belum sempat habeh belajo deknah dah  nak cerai. kalu tak daftar disini , susah nk cerai
Quote prettyuglybabe 1-3-2022 04:51 PM
ni mesti geng-geng indahnya kawin muda
Quote Artemesiaa 1-3-2022 04:54 PM
Bila hidup banyak dalam mimpi bukan dalam realiti macam tu ler hasilnya
Quote anony-mous 1-3-2022 05:03 PM
Jujur i ckp dlu ada jugak idea begini masa sibuk bercinta tp fikir byk kali ayah i habiskan byk duit bg i study semua , x gamak nk luka kan hati mak ayah yg selama ni besarkan kita ayah tu wali ko dik. Imagine apa dia rasa bila ko belakangkan dia sedangkan semua yg ko dpt tu dari harta dia. Dia xminta byk, mintak dpt jd wali ko masa nikah pon jd la
Quote Nnasda53 1-3-2022 05:03 PM
Bila pilih sgt jalan mudah bernikah sampai tolak org tua,maka percayalah hidup kalian akan sentiasa dalam masalah.Jangan bnyk sgt tgk drama adik2 sekalian.Jangan bnyk sgt tgk video content sweet2 di socmed.Bnyk kes nikah di siam anak yang tak ada sijil kelahiran.
Quote me12345 1-3-2022 05:04 PM
Berdosa kan membelakangi parents dan setiap detik menipu mak ayah mmg takkan senang, byk hal hidup..
Quote monreyes 1-3-2022 06:15 PM
berani buat berani tanggung
Quote pxlbb 1-3-2022 07:57 PM
Selfish dan pendek akal mcm ni biar je dorang belajar dari pengalaman. Aaagiteew
Quote printercomel 1-3-2022 07:58 PM
Kahwin je dik. Apa beza dengan yang belajar oversea tajaan biasiswa bagai hujung hujung gatal menikah. Sama jgk membelakangkan wali.
Quote Kitty_catz 1-3-2022 08:00 PM
dhekk kut gatai nak ngeseks kata je lah

apa susah2 nak kawen kat siam bagai...
Quote syamzana 1-3-2022 08:03 PM
byk sgt baca novel neh, kuat berangan sgt ko dekk. konon serba ada nak nikoh senyap2 pah nati curi2 jmp check in otel. adeeeiiii. lantak laa
ke hasanah versi bbnu berangan
Quote lattehazelnut 1-3-2022 08:29 PM
Edited by lattehazelnut at 1-3-2022 08:30 PM

Kompem setahun dua max lepas tu ko kne tinggal dek dgn anak berderet..

Nak tambah lg indah, nikmat kereta n belanja bulan2 dr mak bapak kne tarik sbb kantoi awal2 nikah kat siam tp xbg tau..
Quote Decaffeinated 1-3-2022 08:51 PM
once upon a time agak biasa juga geng2 usrah ni kawin masa student. takde pulak bercerai berai ada pulak yang beranak pinak.

tak tau lah macam mana dorang struggle.
Quote eyansss 1-3-2022 10:18 PM
buat masa ni ko rasa semua cukup sebab fully sponsored…  cuba kalau semua tu kena tarik…  takyah banyak, duit poket tu je kena tarik…  menggagau ko menyesal kawen tak berduit tak bekerja…

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.349276 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top