CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lah, Roslan Shah Pengsan Masa Live Propa Je Ke?

1-3-2022 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5098| Komen: 33

Susulan insiden pengsan semasa siaran langsung program Wanita Hari Ini (MHI) pada Isnin, ada yang mendakwa pengacara Roslan Shah melakukan gimik untuk meraih perhatian.


Sedar dengan andaian itu, Roslan menjelaskan insiden berkenaan benar-benar berlaku tanpa dirancang memandangkan keadaan kesihatannya kurang baik.

Foto: IG

"Takkan la benda macam ni saya nak buat gimik pula! Apa kaitan saya dengan WHI? Memang tak terlintas nak buat gimik, benda ni memang tak terduga, saya pun kurang sihat semasa itu.

"Ini semua berlaku dengan tiba-tiba, bukan saja-saja nak propa untuk buat marketing atau gimik! Biarlah netizen nak kata apa pun sebab benda-benda macam ni kita tak boleh nak duga.


"Bagi saya sesuailah dengan topik WHI semalam iaitu Mulut Tempayan... bila jadi benda macam ni baru kita tahu mulut orang memang tak boleh nak tutup. Biarlah mereka nak cakap apa pun, mereka tak tahu apa berlaku sebaliknya.

"Ada saksi lain yang turut berada di studio pada hari kejadian, tanyalah mereka apa yang terjadi ketika itu. Saya tak pernah buat gimik macam ini," katanya ketika dihubungi mStar.




Pada Isnin, Roslan tiba-tiba rebah ketika ditemu bual oleh pengacara WHI iaitui Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana semasa program itu bersiaran secara langsung di TV3.

Roslan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220.

Kejadian mengejutkan itu menerima pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menulis komen negatif dan menganggap ia hanya lakonan semata-mata.




“Susah nak agak, dulu pun dia pernah berlakon macam ni kat program Citcat Azwan.

“Tengok gaya pun cepat benar rebah ke bawah, sedangkan dia duduk elok je kat kerusi tu.

“Saya selalu tengok orang pengsan, tapi ini nampak macam dibuat-buat,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, Roslan berkata, keadaan kesihatannya semakin stabil tetapi masih ditahan di wad.



"Sekarang ini saya masih ditahan di wad Hospital Sungai Buloh, Alhamdulillah terbaharu doktor memberitahu saya tiada darah tinggi dan tiada kencing manis.

"Cuma semalam tekanan darah saya naik tiba-tiba. Buat masa ini belum tahu lagi sampai bila saya akan berada di wad.

"Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang terus mendoakan agar saya cepat sihat dan boleh bekerja seperti biasa," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 1-3-2022 05:53 PM
Skang org pn skeptical ramai sgt suke wat content menipu
Quote toynme 1-3-2022 06:07 PM
nampak jgk org rekod...maybe PA dia kut time live tu
Quote Rogue98 1-3-2022 06:20 PM
220 bukan dah kena stroke ke? Elok n cepat pulak esok tu BP normal.
Quote dudaberhias 1-3-2022 06:26 PM
sooo heshe buat2 ke atau gimik je... tapi kalau gimik pun untuk apa sebab WHI tu akan kekal sendu dan takde sape hengen nak nengok pun tiap2 pagi... dah la produk2 sampah je di promot di situ lagi la rasa nak humban atau katup TV... takpun kalih channel ke animal planet tengok jejan eropah tangkap ikan paus... lagi menambah ilmu...
Quote imransulaiman 1-3-2022 06:26 PM
Kalau betul dia menipu,...aaargh aku tak dapat sambung ayat lepas tengok dia menari kat klip atas tu! [em:9:]
Quote cikgojesss 1-3-2022 06:30 PM
fonen ni kategori jijik.. kalau tengok terus mcm terhidu bau busuk
Quote laksmanabentan 1-3-2022 06:30 PM
Roslan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan dia mengalami tekanan darah tinggi mencecah lebih 220.

"Sekarang ini saya masih ditahan di wad Hospital Sungai Buloh, Alhamdulillah terbaharu doktor memberitahu saya tiada darah tinggi dan tiada kencing manis.


darah tinggi tu kejap jer ker nak baik??
serius tanya nih.....
Quote JalaEmas 1-3-2022 06:34 PM
Lacey2 nye mask heols, macam bra..
Quote TomyamPuteh 1-3-2022 07:15 PM
Sapa2 yg ckp itu utk content mmg barbie la. Arwah ayah aku dulu sebijik mcm tu la. Tgh minum kopi tiba2 terjelepok jatuh. BP 220 mcm Cik Lan tu.
Quote eyansss 2-3-2022 07:18 AM
laksmanabentan replied at 1-3-2022 06:30 PM
darah tinggi tu kejap jer ker nak baik??
serius tanya nih.....

tengok jugak darah dia jadi tinggi sebab tak cukup rehat/ penat kerja/ memang dah lama ada...  kalau dah lama ada, susah nak turun unless dia tak missed makan ubat...  kalau missed pun, biasanya lepas makan akan turun tapi takde la banyak...  kalau sebab tak cukup rehat/ penat, boleh je turun once dah rehat n bernafas cara yang betul...
Quote laksmanabentan 2-3-2022 08:26 AM
eyansss replied at 2-3-2022 07:18 AM
tengok jugak darah dia jadi tinggi sebab tak cukup rehat/ penat kerja/ memang dah lama ada...  kal ...

sangka baik aja la kan uollss...
mungkin dia lagi stress banyak fikir tapi terpaksa juga ambil job tu...
sambil stress sambil sembang tu yang tetiba jatuh tuh...

ingatkan terus jatuh pengsan gitu... tapi da jatuh tu boleh batuk2 ekkk...
serious tanya jer uoollsss....

Quote babelina 2-3-2022 08:51 AM
nmpk gaya PA yg rakam tu mcm dibuat2.. klau aku dh sah2 aku berkejar ke arah dia n hp tu ntah mana2 ntah hala nya..
tp tu la.. Allah Maha Mengetahui..
Quote manehnya 2-3-2022 08:55 AM
nampak mcm dibuat2 je.. sbb nmpak dia tujah badan dia dari bontot... podah... so cheap la dia ni
Quote SANKURIANG 2-3-2022 08:55 AM
I pun syak dia buat gimmik. Hanya dia yg tau.  Sbb dgn BP tinggi camtu........kalau x herot muka tu, boleh mati tu. Sedgkan Heryanto yg kena strok pun maseh lg dok dlm ward.....
Quote SANKURIANG 2-3-2022 08:56 AM
I pun syak dia buat gimmik. Hanya dia yg tau.  Sbb dgn BP tinggi camtu........kalau x herot muka tu, boleh mati tu. Sedgkan Heryanto yg kena strok pun maseh lg dok dlm ward.....
Quote laksmanabentan 2-3-2022 09:01 AM
TomyamPuteh replied at 1-3-2022 07:15 PM
Sapa2 yg ckp itu utk content mmg barbie la. Arwah ayah aku dulu sebijik mcm tu la. Tgh minum kopi ti ...

serius tanya ni uoollsss....

ayah uooollss tu bila jatuh terus tak sedar ker camna ekkk??
sbb video roslan nih bila jatuh, then crew datang... roslan batuk2 kecil2 camtu...
maksudnya kalau dia jatuh tu kira separuh sedar gitu yaa....

Quote makton 2-3-2022 09:04 AM
aku percaya tu gimik semata
Quote kepompong 2-3-2022 09:10 AM
The boy who cried wolf
Quote tompie 2-3-2022 09:37 AM
Rogue98 replied at 1-3-2022 06:20 PM
220 bukan dah kena stroke ke? Elok n cepat pulak esok tu BP normal.

tak sesmestinya.. sebab happened to my wife and her father jugak.. Nasib baik takde apa2

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.102067 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top