CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guna RFID Tng Ewallet Untuk Isi Minyak, Ramai Teruja Nak Cuba!

1-3-2022 05:07 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2119| Komen: 14|Original author: Agent13k

Baru-baru ini ada satu video tular di laman video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki berkongsikan pengalamannya menggunakan RFID untuk membayar petrol di sebuah minyak. Dalam video itu menunjukkan sebuah sensor yang berada di pam minyak, sensor itu akan mengesan pelekat RFID yang ditampal di kenderaan pengguna itu.

kredit foto: TikTok


Terdapat sebuah skrin yang menunjukkan "bulatan hijau" yang akan bertukar menjadi imej nozel pam minyak untuk menjadikan isyarat bahawa pengguna boleh mula mengisi minyak kenderaannya.


Difahamkan, kaedah untuk pembayaran menggunakan RFID ini hanya ada di 5 stesen minyak sahaja setakat ini iaitu Shell Mint Hotel, Taman Connaught, Taman Tun Dr Ismail, NKVE Damansara dan Bandar Sri Manjalara.

Untuk pengumpul mata Bonuslink pula, kad anda boleh dipautkan pada aplikasi TnG eWallet dengan hanya meletakkan nombor kad 16 digit semasa mahu menambah nilai untuk mengisi minyak.

kredit foto: TikTok

Perlu diingatkan bahawa anda perlu mengaktifkan RFID menerusi aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu dan mempunyai baki yang mencukup bagi mengelakkan sebarang isu ketika mahu mengisi minyak nanti. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 1-3-2022 05:40 PM
waa ini suda bagus..harap satu hari nanti ada robot yang boleh tolong isikan minyak sekali.
Quote sambaldurian 1-3-2022 07:44 PM
Sbb setia ngan petronas (org kata kwsp bnyk labur petronas), mmg pki setel isi petronas jela. Xpki tng g shell ke.
Aku rs minyak semua sama, tp xtau napa abg aku x suka petronas, suka shell. Ayah aku pulak minat petron.
Quote ufc148 2-3-2022 07:17 AM
sambaldurian: Sbb setia ngan petronas (org kn ...
.Betul saya suka guna SETEL.. sebab boleh tebus ganjaran on the spot
Quote ally9970 2-3-2022 10:53 AM
kucingitam replied at 1-3-2022 05:40 PM
waa ini suda bagus..harap satu hari nanti ada robot yang boleh tolong isikan minyak sekali.

Utk pengetahuan, suatu ketika dulu, kita takyah turun kereta pun nak isi minyak sbb ada pump attendant yg akan isi kan minyak, siap bayar dari dalam kereta jer...
Quote kucingitam 2-3-2022 11:29 AM
ally9970 replied at 2-3-2022 10:53 AM
Utk pengetahuan, suatu ketika dulu, kita takyah turun kereta pun nak isi minyak sbb ada pump atten ...

ya betul..skrg pun isi kat shell je selalu, xyah jalan jauh2 nak bayar..kadang drg isi kan minyak juga..
Quote Orix 2-3-2022 11:35 AM
baguslah.. iols rengsekkkk org kereta mewah2 tp bayar isi minyak cashh kena masuk dlam... buang masa org jah nk kena beratur tggu dia bayar sambil jalan lenggang kangkung........ iols apply credit card pun semata sbb nk isi minyak n tebus point
Quote krustykrab 2-3-2022 11:37 AM
ally9970 replied at 2-3-2022 10:53 AM
Utk pengetahuan, suatu ketika dulu, kita takyah turun kereta pun nak isi minyak sbb ada pump atten ...

Kannnn......

Tak teruja lagsg nk guna rfid ni
Quote ally9970 2-3-2022 11:52 AM
Orix replied at 2-3-2022 11:35 AM
baguslah.. iols rengsekkkk org kereta mewah2 tp bayar isi minyak cashh kena masuk dlam... buang masa ...

Bayar cash kat kaunter ok lagi... yg jenis masuk kedai amik duit kat atm, pastu membeli belah mcm nak membeli brg dapur sebulan sekali, punyalah lama, pastu baru bayar duit isi minyak kat kaunter, keluar kedai ke kereta dgn muka takde rasa bersalah langsung...
Quote Orix 2-3-2022 11:55 AM
ally9970 replied at 2-3-2022 11:52 AM
Bayar cash kat kaunter ok lagi... yg jenis masuk kedai amik duit kat atm, pastu membeli belah mcm  ...

ada jugak yg parking kereta dekat pam minyak, pastu masuk dalam igtkan nak bayar terus, rupanya dia beratur kt mesin atm dalam tu nk cucuk duit pstu bru byr kt kaunter alahaiiii menyirapnya iolss.. dh lepas beratur kt mesin atm tu, nk kena pulak dia beratur utk byr minyak kt kaunter... lepastu jalan lenggang kangkung
Quote kurga 2-3-2022 02:22 PM
sambaldurian replied at 1-3-2022 07:44 PM
Sbb setia ngan petronas (org kata kwsp bnyk labur petronas), mmg pki setel isi petronas jela. Xpki t ...

kalau tukar point tu rasanya mcm petron untung lg.. sebab 3000 point dapt tukar minyak RM45.. tp kalau petronas 3000 point dapat tukar minyak RM30.. tp petronas best sebab dia anytime boleh tukar.. mcm petron kena tggu cukup point utk tukar..
Quote kurga 2-3-2022 02:24 PM
Orix replied at 2-3-2022 11:55 AM
ada jugak yg parking kereta dekat pam minyak, pastu masuk dalam igtkan nak bayar terus, rupanya di ...

kira ada la jugak dia bayar minyak.. ada tu tggu punya lama rupanya pergi cucuk duit je.. sebab parking x der.. dia park kat tempat isi minyak..panas je ati..
Quote SedihPedih 2-3-2022 02:26 PM
stay dgn setel... baru ja tebus mata ganjaran dpt rm15... wohooo..
Quote Orix 2-3-2022 02:34 PM
kurga replied at 2-3-2022 02:24 PM
kira ada la jugak dia bayar minyak.. ada tu tggu punya lama rupanya pergi cucuk duit je.. sebab pa ...

ehh kalau yg itu mmg iols turun kereta hempuk dia dengan nozel pam minyak tu...
Quote kurga 2-3-2022 02:45 PM
Orix replied at 2-3-2022 02:34 PM
ehh kalau yg itu mmg iols turun kereta hempuk dia dengan nozel pam minyak tu...

ikutkan nak je buat camtu.. kita bila camtu dah pikir org mesti sumpah seranah... so, kita x buat.. tp ada setengah tu mcm x eran.. yg perangai camtu keta besor-2..rasa kalau boleh jenis nak parking dalam kedai terus.. sbb jenis mcm dorang jenis malas jalan jauh..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069136 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top