Pelakon, pelawak dan penyanyi, Joey Daud kecewa apabila masih ada pihak yang memandang jumlah pengikut di media sosial sebagai kriteria utama untuk membintangi sesuatu drama atau filem.
Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 49, berkata, dia tidak kisah sekiranya pempengaruh atau YouTuber diberikan peluang berlakon, namun berharap mereka bermula dari bawah. "Sekarang ini pengikut di media sosial boleh dibeli dan cara ini secara tak langsung mengajar orang lain untuk menipu bagi menempatkan diri dalam dunia seni. "Bagaimana nasib dengan pelakon 'otai' yang tidak memiliki media sosial? Saya pun kalau diikutkan baru saja wujudkan akaun Instagram. Saya harap sangat janganlah pelakon yang tiada pengikut, pihak produksi tidak mahu ambil berlakon sedangkan kita tahu kemampuan dia.
"Saya agak kecewa apabila perkara ini terjadi. Sebenarnya saya tak kisah jika ingin beri peluang kepada pempengaruh atau YouTuber untuk terjun dalam dunia seni, tapi janganlah terus diberikan watak penting sebaliknya mulakan dengan watak tambahan," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Gadis Jolobu The Movie di Kuala Lumpur Jazz and Arts Centre, di sini.
|
chandrahusin replied at 1-3-2022 04:00 PM
Tak ingat mcm mana entah aritu
aku terbaca/terdengar psl Zoey ni
Zoey ni pnh ada 1 lagu
chandrahusin replied at 1-3-2022 04:00 PM
Tak ingat mcm mana entah aritu
aku terbaca/terdengar psl Zoey ni
Zoey ni pnh ada 1 lagu
rosewhite replied at 3-3-2022 05:54 AM
Kena gam pasal apa?
ADVERTISEMENT