CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Status 'Kontak Kasual' Di Aplikasi Mysejahtera Mulai Hari Ini

1-3-2022 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2649| Komen: 23

Petaling Jaya– Bermula hari ini, tiada lagi penukaran status kepada ‘kontak kasual’ sekiranya MySJ Trace mengesan orang awam telah terdedah kepada kes positif jangkitan Covid-19.


Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, hari ini.


Foto: Kosmo

“Sebelum ini apabila MySJ Trace atau Check-Ins mengesan bahawa anda telah terdedah kepada kes positif, status risiko anda akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Mulai hari ini, status risiko anda tidak akan berubah lagi. Anda akan mendapat pemberitahuan sebaliknya,” ciapnya.


Jelas beliau, sekiranya orang awam mempunyai simptom, diminta untuk segera mengasingkan diri dan membuat ujian kendiri Covid-19.

“Jika anda mempunyai simptom, asingkan dan uji,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lurve82 1-3-2022 01:29 PM
Aku refresh…hilg dh kuning tu…
Quote pearl.silver 1-3-2022 01:30 PM
Mysj i ada lg warna kuning
Skang dah minta hari2 submit assessment lak
Quote DayangKirana 1-3-2022 01:38 PM
pearl.silver: Mysj i ada lg warna kuningSkang dah minta hari2 submit assessment lak


same..but on the 3rd day after submitted the assessment, terus status clear.
tak lama pon.
Quote Artemesiaa 1-3-2022 01:42 PM
Ialah kontak rapat tak bergejala pun dah boleh datang kerja katanya jadi kontak kasual dah tak ada makna lagi.
Quote kasibiman 1-3-2022 01:45 PM
So what the fuck is the mysejahtera for then?

Buang je lah sistem 70 Jota ni
Quote dubuk 1-3-2022 02:27 PM
orang tak booster boleh terus kekal hidup tanpa booster ke?
Quote bulalof 1-3-2022 02:51 PM
yg pelik2 je MySejahtera ni.....
Quote akuMNdia 1-3-2022 02:55 PM
pearl.silver replied at 1-3-2022 01:30 PM
Mysj i ada lg warna kuning
Skang dah minta hari2 submit assessment lak

cuba update mysejahtera tu..


Quote mizruncing 1-3-2022 02:59 PM
lahhhh pulakkk dahhh
Quote Adrif 1-3-2022 03:23 PM
scan mysejahtera dah jadi habit

tapi macam takde function pun.
kedai tetap la bersesak dengan orang ramai
shopping mall tetap la dengan couple berpegangan tangan
kat mana SOP jaga jaraknya?
Quote chandrahusin 1-3-2022 04:11 PM
Ada je lagi status tu hari ni
msh kena hantar daily assessment
tanya ko sihat tak
ada jumpa org +ve tak
pdhal urusan hidup mcm biasa je pun
Quote prettyuglybabe 1-3-2022 04:22 PM
i punya pun masih kuning..

Quote .HannahMontana. 1-3-2022 04:23 PM
KO buatlah apa pun KJ hidup ko xberkat

bini ko xcucuk vaksin corona

ramai ahli parlimen xcucuk vaksin corona xde pula ko sekat

Rakyat marhaen kena sedar ,jika korang menurut maka makin berkuasalah org politik.

kena belajar say NO

Ya Allah hantalah gempa bumi dan  jahanamkan semua ahli-ahli politik kecuali syed saddiq saja selamat
Quote aryyan 1-3-2022 04:26 PM
kasibiman replied at 1-3-2022 01:45 PM
So what the fuck is the mysejahtera for then?

Buang je lah sistem 70 Jota ni

ntah nya..kata apps juta2. tp tak efficient pn.
klo test positive pn, takes days br mysej update.
tetap lembab smua nya.
Quote hasniey 1-3-2022 04:30 PM
aryyan replied at 1-3-2022 04:26 PM
ntah nya..kata apps juta2. tp tak efficient pn.
klo test positive pn, takes days br mysej update.
...

Take days kalau +ve???aneh nya..awak xde line Internet ke?
Tanya je sbb kami 1 family tgh +ve..bila update automatically dpt sms dr kkm.refresh mysejahtera terus merah.
Quote Skuau 1-3-2022 04:36 PM
Aku punya kuning biru tu bertukar ikut  selerer dpa jer..jap kuning..jap biru...drng ni bodoh ke aper???
Quote ezacbee 1-3-2022 04:41 PM
hasniey replied at 1-3-2022 04:30 PM
Take days kalau +ve???aneh nya..awak xde line Internet ke?
Tanya je sbb kami 1 family tgh +ve..bil ...

Cam aku lewat sehari. Semalam disahkan positive mysejahtera masih biru, esoknya baru merah tupun petang. Ingatkan on the spot terus merah. Sekarang ni pegi mana2 premis xde sapa nak check mysejahtera pun, merah ke kuning ke biru xde sapa pedulik. Janji scan pastu masuk premis.
Quote aryyan 1-3-2022 04:44 PM
hasniey replied at 1-3-2022 04:30 PM
Take days kalau +ve???aneh nya..awak xde line Internet ke?
Tanya je sbb kami 1 family tgh +ve..bil ...

aneh nya..
test lab dpt hari ni, esok or lusa br status merah.
tak semua immidiate merah.
cuma date start tu ikut result lab.
aneh nya..
Quote sambaldurian 1-3-2022 07:40 PM
Aah betul la, akunye kelmarin kasual kontak - bnyk kali dh aku dpt kasual kontak , either ofis/shopping mall je tmpat aku g. Sebaik before2 this guard premis aku g sejenis fhm bahasa, kasual kontak boleh masuk. Aku baca kdg2 org kena bertekak ngan guard psl kuning kasual kontak ni.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.090704 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top