CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buntu tak Dapat Keluar Duit KWSP, Pasangan Ini Hampir Mengemis!

28-2-2022 03:45 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2701| Komen: 16|Original author: Agent13k

Baru-baru ini ada video tular di laman media sosial Facebook. luahan seorang suami yang merupakan bekas jurutera memaparkan keadaan isteri kepada pencarum yang juga seorang bekas pengawai menangis kerana amat risau dengan kehidupan mereka yang semakin sempit.



Video itu dikongsi atas kebenaran si suami  dengan tujuan agar kerajaan melihat keadaan rakyat sekarang yang kebanyakannya berada dalam situasi yang tidak baik. 

Pencarum itu juga bercerita tentang kehidupan sekarang kais pagi makan petang dengan mengutip kotak dan tin kosong untuk meneruskan hidupnya.


Menderita dengan kehidupan sehinggakan tahap hampir mengemis.

kredit foto: MalayMail

Difahamkan, kerajaan sehingga sekarang masih tidak mempertimbangkan pengeluaran RM10,000 i-Citra KWSP juga menjadikan kehidupan mereka semakin gelap kerana buntu untuk mencari sumber kewangan bagi memulakan hidup baru. 

Suami isteri tersebut mempunyai hampir RM400,000 di dalam KWSP dan mempunyai pendidikan tinggi tetapi itu semua tidak boleh diguna kerana hidup mereka menjadi sukar selepas mereka hilang sumber pendapatan.

kredit foto: Jawatan Kosong

Tambahan pula, si suami memohon kepada KWSP untuk menutup akaun dia dan isterinya dan pulangkan semula wang mereka supaya mereka dapat hidup balik mereka semula.

Isterinya pula sudah mula hilang pertimbangan sehinggakan perlu mendapatkan rawatan dengan pakar psikiatri dengan kehidupan yang dilalui oleh mereka. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piep 28-2-2022 04:09 PM
kesiannya.. sara hidup makin tinggi, gaji tak naik2 pulak
Quote krustykrab 28-2-2022 05:34 PM
Mana videonya
Quote sarahmirza 28-2-2022 07:58 PM
Dh berapa lama tak kerja tu?
Takkan takde langsung kerja kalau tak cukup nk bayar komitmen tapi cukup utk makan..
Ada kenalan suami ni,  ada diploma dulu kerja pelatih pkpn apa tu... sejak tak sambung kontrak asyik bertukar2 kerja je...
Rasanya dah 6 kali dia bertukar kerja.. Bukan sbb tak dibayar gaji tapi katanya tak serasi dgn jiwa nak jugak cari kerja mcm pklpn tu ala2 tarbiah anak2 muda..

Berbalik pd kisah thread ni,  kerja banyak cuma itulah belum tentu dapat gaji sebanyak yang pernah dia dapat sbg jurutera..
Quote Missjass 28-2-2022 08:54 PM
sarahmirza replied at 28-2-2022 07:58 PM
Dh berapa lama tak kerja tu?
Takkan takde langsung kerja kalau tak cukup nk bayar komitmen tapi cuk ...

Yup kerja banyak je sebenarnya tp yg nk sesuai dgn jiwa n gaji banyak tu yg ssh
Quote musangbodoh 28-2-2022 09:46 PM
masuk lah keje kerajaan...tp cari kabel...lg sng byr skit duit pengeras...ex engineer tu
Quote mijot 1-3-2022 06:48 AM
kt area aku byk kerja kosong terutama kerja kilang...
mungkin dia tak nak sbb tak kena dgn gaya hidup yg dulu..
zaman covid ni, amik jer apa2 job asalkan perut terisi..
semoga dipermudahkan urusan anda sekuarga..
Quote Lagubestbest 1-3-2022 07:12 AM
susah kerajaan nak beri rakyat keluarkan..

STATISTIK KWSP: 70% orang bersara habes duit diorang dalam beberapa tahun je.
Quote Kitty_catz 1-3-2022 08:48 AM
ye ke? bukan propa election johor kewww tuuuu?

tp kalau betul, nak tahu umo pocit jurutera ni berapa? tak dinyatakan disini, kalo above 40  mmg payah dah la. tak byk job opening for above 40s ni sbb selalu gaji deme ni mahai dah baik la hire fresh grad ke jnr executive unless mmg for that particular position which mmg tak banyak  and usually umo2 mcm ni pun tak ramai yg nak resign suka suki or belah if takde new job offer,  most companies  nak yg muda2 bergetah jewww

meols kut nak amek smua muda2 lagi, single ke solo ke lg afdholll sbb takde le kekejap cuti bini sakit, anak sakit, sendiri sakit, then gilir2 anak no 1, 2,3,4 ulang2 sampai AJM

above 35 meols tak amek dah, sbb start dapat penyakit kronik
Quote Prickford 1-3-2022 09:15 AM
Pendidikan tinggi, KWSP simpan 400K laki bini. Makna gaji deyols memang besar. Umur deyols ni nak tau bape. Kalau ujung2 nak pencen tu iolls terima la jugak, susah nak cari kerja lepas kena benti. Lg pon above 40 ni experience banyak, gaji pon kena banyak. Tah la susah nak tau kalau video pon tah mana hilang.
Quote mizruncing 1-3-2022 09:39 AM
sebelum ni blh keluar 10k kann. dgn bape k k ntah lepas tu. mane pi duit tu? ouhh tak cukup. komitmen byk
Quote babelina 1-3-2022 10:26 AM
kwn aku kje manager butik.. sejak pkp yg butik2 kt mall kna tutup tu.,. sampai skrg la dia tukar2 kje.. yg tbaru nie.. hjng bln nie butik tu tutup pasal sale x byk.. offer dari butik2 lain dpt dh.. cuma dia ckp x ngam ngn dia.. tgh cari2 lg kje
Quote sarahmirza 1-3-2022 02:12 PM
Missjass replied at 28-2-2022 08:54 PM
Yup kerja banyak je sebenarnya tp yg nk sesuai dgn jiwa n gaji banyak tu yg ssh

Kan.... Cerita sampai buntu nk mengemis tu saja je buat2.. Hakikatnya takde la seteruk tu ...
Memang susah la nak maintain life style kerja gaji engineer dulu...
Quote Matyein 1-3-2022 02:48 PM
piep: kesiannya.. sara hidup makin tinggi, gaji tak naik2 pulak


yang masih ada pekerjaan bersyukur la kan...nilai mata wang malaysia semakin kecil...kalau belanja 100 tu satu je utk beli keperluan barang-barang dapur....

Quote Paris19 3-3-2022 01:47 AM
Matyein replied at 1-3-2022 02:48 PM
yang masih ada pekerjaan bersyukur la kan...nilai mata wang malaysia semakin kecil...kalau belanja ...

Betul dah tu..yg mana dah jobless or gaji dah kurang jgn la nak maintain lifestyle yg sama mcm sebelum. Ni ada jugak org yg tak reti2 nak hidup ikut bajet yg ade. Pastu meroyan hal kwsp.
Quote monreyes 3-3-2022 02:17 PM
kalau jadi rider panda...dapatlah duit...
selalu aku tinggal pesan kat rider...
dorang jwb in english...
bkn yashe yashe....
Quote copy_paste 8-3-2022 12:01 PM
nak xnk kena lupakan la pengalaman yg ada tu,
kena mula dari bawah balik, keje biasa2 yg xperlu pengalaman dan pelajaran,keje jaga pun ok je.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.048210 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top