CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa 'Jolok' Tombol Pintu Tu Dik?

28-2-2022 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1488| Komen: 7

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit apabila jari telunjuk kanannya tersepit pada tombol pintu, semalam.


Mangsa berusia lapan tahun itu dibawa bapanya ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar di sini, pukul 6.11 petang bagi mendapatkan bantuan lanjut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, usaha mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan yang dilakukan di rumah keluarganya sebelum itu tidak berhasil.



Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati jari telunjuk mangsa masih tersepit pada tombol tersebut.


“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi memotong tombol itu dan mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan.

“Operasi yang mengambil masa 29 minit itu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelak berlaku kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Norazam, jari kanak-kanak itu didapati tidak mengalami luka serius dan hanya kesan bengkak akibat tersepit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada keluarganya bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 28-2-2022 02:27 PM
Cuti sekolah mcm2 aktiviti budak2
Quote Decaffeinated 28-2-2022 05:23 PM
sekarang ni ko try jari dulu, dah tumbuh bulu esok tah apa pulak ko jolok


Quote krustykrab 28-2-2022 05:24 PM
Decaffeinated replied at 28-2-2022 05:23 PM
sekarang ni ko try jari dulu, dah tumbuh bulu esok tah apa pulak ko jolok

Aduila komen
Quote manzilla 28-2-2022 08:09 PM
Decaffeinated replied at 28-2-2022 05:23 PM
sekarang ni ko try jari dulu, dah tumbuh bulu esok tah apa pulak ko jolok

Biasak la. Manusia akan merasa benda baru dengan anggota badan yang paling sensitif, bermula dengan mulut pada masa bayi.
Quote orenmango 28-2-2022 08:17 PM
Ko dah kenapa nakkk
Quote Mini.Me 28-2-2022 10:45 PM
Lain maciam ko dikk
Quote monreyes 28-2-2022 10:56 PM
apa yg lain maciam...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.079281 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top