CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Pengantin 'Angkat' AK-47 Beberapa Jam Lepas Kahwin

28-2-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1921| Komen: 19

Sepasang pengantin baharu tidak menyangka mereka akan memegang senapang AK-47 pada hari pertama perkahwinan mereka selepas Rusia menyerang Ukraine.


Sviatoslav Fursin, 24, dan isterinya, Yaryna Arieva, 21, mulanya merancang untuk berkahwin pada Mei depan, namun mempercepatkannya selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan negara itu menyerang Ukraine.


SVIATOSLAV Fursin dan isterinya, Yaryna Arieva memegang senapang AK-47 selepas mendaftar sebagai tentera Ukraine. - AGENSI

Selepas mengangkat ikrar perkahwinan di sebuah gereja di Kyiv, pasangan itu kemudiannya mendaftar sebagai anggota tentera bagi membantu mempertahankan negara ini.


“Selepas majlis perkahwinan selesai, kami terus pergi ke Pusat Pertahanan Wilayah untuk menerima arahan.

“Situasi ketika ini amat sukar. Kami perlu pertahankan tanah air kami, kami mungkin akan mati dan sebelum itu, kami hanya bersama,” katanya seperti yang dilapor Daily Star.

Pasangan itu bertemu dalam satu protes di Kyiv pada Oktober 2019 dan menjadi rakan baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Sementara itu, Arieva menzahirkan harapan supaya peperangan segera berakhir agar semua rakyat Ukraine boleh meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun berdepan kesukaran.

“Saya cuma berharap semuanya kembali normal, kami selamat di tanah kami tanpa Rusia menceroboh,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 28-2-2022 02:28 PM
Perempuan ukraine cantik2 ek?
Quote FOTHER-MUCKER 28-2-2022 02:38 PM
Tengok News ramai yang sanggup mati daripada melarikan diri kerana tak mau wilayah mereka yang ramai diduki oleh russian speakers jatuh ke tangan putin.
Quote Dwdrum 28-2-2022 02:45 PM
Rengsa pula news guna spelling Kyiv.... Selalu guna kiev....
Quote Artemesiaa 28-2-2022 02:54 PM
Moga semuanya selamat buat mereka
Quote dua_chzy 28-2-2022 02:59 PM
mejaputih replied at 28-2-2022 06:28 AM
Perempuan ukraine cantik2 ek?

Memang Eastern European ini lawa2 sebab dah lotsa mixed.
Quote gideoncross 28-2-2022 03:04 PM
mejaputih replied at 28-2-2022 02:28 PM
Perempuan ukraine cantik2 ek?

Bukn stakat Ukraine tpi whole Eastern Europe, bnyk llaki & prmpuan yg helok2.
Quote gideoncross 28-2-2022 03:06 PM
dua_chzy replied at 28-2-2022 02:59 PM
Memang Eastern European ini lawa2 sebab dah lotsa mixed.

Plakon llaki dri Bulgaria, Stanislav Yanevski, Eastern Europe pun helok yach.
Quote dua_chzy 28-2-2022 03:07 PM
gideoncross replied at 28-2-2022 07:06 AM
Plakon llaki dri Bulgaria, Stanislav Yanevski, Eastern Europe pun helok yach.

Muka dalam gambar ini level marhaen sajork jika di sana. Di negara Malaysia, sudah boleh meretis.
Quote ChildrenOfBodom 28-2-2022 03:12 PM
Slava Ukraini!!!
Quote Jijoli 28-2-2022 04:47 PM
Byk2 eastern Europe bagi aku Poland paling cantik , fizikal dia pun sedang sedang je
Quote Decaffeinated 28-2-2022 05:07 PM
Sebab nak pencen askar ka?

kot lah syahid ka

Quote saden 28-2-2022 05:30 PM
Dwdrum replied at 28-2-2022 02:45 PM
Rengsa pula news guna spelling Kyiv.... Selalu guna kiev....

Orang Ukraine yang insist eja as Kyiv. Macam Turki sekarang ni insist to be spelled as Türkiye
Quote musangbodoh 28-2-2022 09:55 PM
terbaik......................
Quote sarah96 28-2-2022 10:59 PM
Eastern Europe antara kawasan yg paling rasis dan islamophobia yg amat teruk. Tak.payah lah nak simpati arah depa. Kalau negara kita diserang kuasa besar, tak ada diaorang kesian kat kita.
Quote gigahertz 1-3-2022 10:31 PM
mejaputih: Perempuan ukraine cantik2 ek?

tu la sebab i tak kahwin lagi.
Quote mejaputih 1-3-2022 10:33 PM
gigahertz replied at 1-3-2022 10:31 PM
tu la sebab i tak kahwin lagi.

La chuols masih bujang trang tang tang ke
Quote gigahertz 1-3-2022 11:49 PM
mejaputih replied at 1-3-2022 02:33 PM
La chuols masih bujang trang tang tang ke

i kan cari macam ukraine / russia macam tu.best sikit nak borak-borak.
i jenis multiverse.
Quote .HannahMontana. 2-3-2022 12:25 AM
kesian jugalah bila sudah berperang

takziah
Quote mejaputih 2-3-2022 07:30 AM
gigahertz replied at 1-3-2022 11:49 PM
i kan cari macam ukraine / russia macam tu.best sikit nak borak-borak.
i jenis multiverse.

Sila2 tp cari yg semenggah sket jgn mcm kuin sedut duit je kejenya.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051822 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top