CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Sorok Lauk Dalam Timbunan Nasi Dikecam Netizen

28-2-2022 01:51 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 4675| Komen: 42|Original author: Agent13k

Musim pandemik ini banyak pihak yang diberi pelbagai ujian sehinggakan ada yang terpaksa mencatu perbelanjaan harian untuk meneruskan kehidupan.

Namjn ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan sampai terlupa hukum-hakam agama dan menyusahkan orang lain.

kredit foto: TikTok

Sebuah tular di TikTok yang memamparkan seorang lelaki yang mengambil lauk-pauk di sebuah kedai makan dan 'menimbusnya' dengan nasi untuk menyorokkan lauknya yang diambil tadi.


Lelaki itu K
emudiannya pergi ke kaunter dan hanya berkata mengambil nasi dan kuah sahaja untuk mengelakkan daripada membayar lauk yang tersorok di timbunan nasi itu. 


Ramai netizen mengecam lelaki itu kerana tidak jujur dan menyusahkan lagi peniaga.

kredit foto: TikTok

Difahamkan, ada juga mengatakan bahawa makanan yang dia makan boleh jatuh sebagai haram kerana mengambil lauk tanpa pengetahuan peniaga itu.

Ramai menggesa lelaki itu pergi ke restoran semula untuk membayar semula dengan harga yang sebenar. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 28-2-2022 02:03 PM
haram la..
Quote tipah89 28-2-2022 02:42 PM
ni jenis xtahu halal haram..lagi bodo dok rakam.
Quote gideoncross 28-2-2022 03:07 PM
Teknik ni dlu prnh ada kartunis dlm komik Gempak ajar lol.
Quote KamikuP 28-2-2022 03:14 PM
Ni kontem haram jadah
Quote prettyuglybabe 28-2-2022 03:19 PM
sah sah dia buat untuk content..
kedai mamak mana ada cedok sendiri..
kaunter pun sebelah jah..
Quote esbok 28-2-2022 03:30 PM
menjawab soalan brader tu : Tak penah. Haram.

Kalau orang kedai overcharged, tu dia punya bahagian.
Quote hasniey 28-2-2022 03:31 PM
Zaman study dulu kawan2 lelaki selalu buat mcmni.lepastu byr nasi+sayur je
Kwn2 prmpuan amik nasi xcukup byk nk timbun2
Quote Gomea 28-2-2022 03:43 PM
Aku pernah buat macam ni time study dulu. Rasanya sekali dua je pernah buat. Tu pon kawan2 yg ajar. Lepas tu tak pernah buat lagi dah. Tauke kantin pon dah tau dah akal budak2. Setiap kali nak bayar je dia kuis2 pakai sudu
Quote Orix 28-2-2022 04:03 PM
asalkan x makan babi kekdahnya...
Quote makton 28-2-2022 04:24 PM
aku igtkan laki tu si durian kimchi tu
Quote Jitu 28-2-2022 04:51 PM
aku tak gemar betul seluar tracksuit nampak selekeh je

Quote Jitu 28-2-2022 04:55 PM
gideoncross replied at 28-2-2022 03:07 PM
Teknik ni dlu prnh ada kartunis dlm komik Gempak ajar lol.

ehh baca gempak jugak ye dulu2
mula2 keluar rasa best baca bila dah lama pastu bergabung dgn starz terus jd tak best dah

Quote krustykrab 28-2-2022 05:31 PM
Alahai korg ni...kan ke tokey tu duk sebelah ti je...mamat ni belakon je
Quote doubleharmonic 28-2-2022 05:37 PM
noreen sangat perangai. asal ko tak tunjuk bideo ko meratah daging noreen jah?
Quote MissVixen 28-2-2022 07:02 PM
Miskin macam mana pun, jangan mencuri. Selain sorok lauk ni, ada juga manusia yang suka tuang shampoo dan mandian dalam botol lain. Perangai macam beruk
Quote bungarose 28-2-2022 11:51 PM
Teruknyer peel makan secara haram
Quote 234126 1-3-2022 01:10 AM
Mak ayah kalau tak ngajar anak bab hal haram berkat semua mcm ni la jadinya. Jgn harap cikgu ngajar kat skolah je benda basic mcm ni mak bapak punya tanggungjawab bukan cikgu. Bodo piang
Quote 234126 1-3-2022 01:13 AM
Ko kalau betul berlakon ke gurau ke letak disclaimer so budak2 kecik yg mak pak tak pantau anak hadap phone tu tak terikut bodo nya tu.
Quote Adrif 1-3-2022 01:46 AM
semata-mata untuk lawak bodoh
sekarang ramai orang tengok ko ajar buat benda haram
kalau ada orang lain ikut buat benda haram, makan benda haram, ko lah cikgunya

dosa pahala tu dia dengan Allah. tanggung la sendiri nanti.

artis Malaysia pun ada buat lawak bodoh macam ni dulu
cara nak ponteng puasa lah, main-main kan solat lah.
semua ajar orang buat benda bukan-bukan

lepas tu acah holier than thou

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top